Sekarang ini Islam diserang secara terbuka. Jika diserang di luar negara, ia tidak menjadi kehairanan lagi kerana Kristen Barat memang menjadikan Islam musuh bebuyutan. Dan memang itupun yang dijelaskan ALLah Taala sendiri dalam Quran bermaksud iaitu mereka tidak akan redha kepada umat Islam melainkan umat Islam menjadi kristen atau mengikut cara hidup kristen.
Kemudian ia melarat di Malaysia melalui ahli DAP iaitu peguam Karpal Singh. Ia berkaitan cita-cita Parti Islam SeMalaysia PAS untuk melaksanakan hudud dan qisas jika BN berjaya digantikan dalam PRU. Namun penentangan Karpal hanya sebatas waktu sahaja.
Namun sekarang penghinaan keatas Islam lebih tersusun. Kenapa tersusun? Kerana ia datang dari kaum kerabat BN sendiri iaitu MCA. Kalau pembangkang seperti DAP taklah meletup sangat, ini datangnya dari parti komponen pemerintah. Ertinya jika penentangan itu dari parti komponen pemerintah, ia bererti pemerintah Malaysia mementang hudud. Jelas menentang hudud.
Bermacam-macam penghinaan president MCA terhadap hudud. Dalam perhimpunan terdahulu, Chua Soi Lek mengatakan hudud adalah hukum yang kejam dan melanggar hak asasi manuria (untuk mencuri). Dan dalam perhimpunan MCA yang terbaru dalam bulan Oktober ini, dia mengatakan pula negara akan miskin jika hudud dilaksanakan dan tidak ada negara yang menjadi kaya jika hudud dilaksanakan.
Apa dah jadi dengan kerajaan Malaysia? Komponen utama iaitu Amno diam membisu. Bahkan pendukung kerajaan dari rakyat marhaen tidak mampu menjawab perbuatan Chua Soi Lek itu. Ulama yang bekerja makan gaji dengan kerajaan juga bungkam. Membuang masa sahaja kita perkatakan sebabnya kerana itulah sikap jika sekular dijadikan asas pemerintahan, halal haram bukan kutamaan atau sebahagian sahaja yang diambil berat.
Namun pak nur melihat penghinaan Chua Soi Lek ini terhadap hudud dari beberapa perspektif...
MCA (Gantinama Chua Soi Lek) memang tidak faham Islam. Mereka tidak faham kerana rakan taulan sebantalnya tidak memberikan kefahama tentang Islam. Hudud digambarkan sebagai sunat, hudud dimomok menjadi rakyat kudung, hudud mengakibatkan jalan raya tidak dapat dibuat kerana batu habis merejam penzina. Buktinya Chua Jui Meng berkata, setelah dia bersahabat dengan PAS, dia lebih memahami Islam kerana dia tidak pernah diajar Islam semasa berada dalam BN.
Keceluapran Chua Soi Lek menyebabkan orang melayu yang mempunyai citra Islam syumul marah, marah kepada MCA. Orang melayu akan menolak MCA terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Hanya orang melayu Johor dan Melaka sahaja yang mensucikan kata-kata Chua Soi Lek.
Chua Soi Lek sebenarnya silap langkah. Chua mahu orang Cina menentang Pakatan Rakyat melalui kebencian kepada PAS. Jika PAS ditolak kerana hudud, PR juga akan ditolak keran komponen PR adalah PAS. Namun MCA tidak sedar, orang Cina akan menolak BN bukan kerana terpengaruh dengan penentangan MCA terhadap hudud dan PAS, tetapi orang Cina akan menentang BN kerana salah urus BN terhadap negara, salah urus kewangan dan ekonomi. Dan penentangan Chua Soi Lek mengundang akibat iaitu orang melayu akan menolak MCA, menolak parti komponen kerajaan yang menentang hukum ALLah Taala. Orang melayu akan menolak pemimpin yang terpalit maksiat.
Dan sekarang orang melayu harus segera membuat pilihan tepat. Apakah pilihan tepat itu? Iaitu orang melayu harus secara drastik beralih kepada PAS. Kerana apa? Kerana Amno tidak lagi mampu menutup mulut Chua Soi Lek.
Dan suka pak nur katakan, Amno dalam keadaan cukup bahaya. Apabila orang Cina meninggalkan MCA, MCA akan menjadi parti mayat hidup. Amno tidak lagi dapat bergantung undi kaum Cina. Amno akan kembali keasalnya iaitu Johor kerana di sanalah lahirnya Amno.
Dan yang paling pak nur takuti ialah MCA akan berpaling tadah di saat-saat akhir menjelang PRU13. Sejarah menunjukkan PBS meninggalkan BN hingga BN tercungap. Amno tidak boleh lagi tidur nyenyak, parti2 komponen BN harus diawasi. Kerana jika Amno menubuhkan JK pemantau sabotaj dikalangan ahli parti, luaskan skop pemantau itu untuk memantau parti komponen BN jangan meninggalkan BN di saat-saat akhir.
Demikian nasihat pak nur kepada amno. Belajar dari sejarah PRU tahun 1990.
Dan satu sahaja nasihat dan cadangan pak nur kepada Amno untuk meneruskan kelangsungan hidupnya ialah segera membuang dasar sekular dan assobiahnya, dan segera menyatukan diri kepada PAS. Namun bukan nak menjadi ketua tetapi sebagai pengikut. Belajarpula menjadi pengikut lantaran pula orang melayu dah mula beralih arah sekarang kepada PAS.
No comments:
Post a Comment