Wednesday, October 24, 2012

Amno wajib dibubarkan dan ahlinya menyatukan diri dalam PAS: Sirah sahih Dr Mahathir adalah hujah dan dalil qati'ie.

Assalaamualaikum.
Kita ini sering berkata2 tanpa melihat sejarah. Kita sering bercakap dan bertindak tanpa melihat apa yang kita telah perbuat di masa lalu. Pendek kata kita sering mudah lupa.

Banyak perkara yang amno perkatakan dan mengajak orang islam melayu mengikut telunjuknya, namun amno sering mudah lupa yang diajaknya itu pernah ditentangnya habis2an. Amno mengajak PAS bersatu tetapi dahulu PAS ditendang keluar dari amno, ertinya mengajak PAS kembali bersatu setelah nyawa menghampiri ghargharah. Mengajak PAS bersatu tetapi menutup fakta Quran bersatu wajib didalam kerangka Islam syumul bukan islam bercampur aduk dengan sekular. Amno semasa kuat tidak pernah mengajak PAS bersatu malah dihendam cerca bukan kepalang.

Dan sekarang amno mengajak PAS bersatu. Nampak bersungguh2 benar amno mahu mengajak PAS bersatu sampai kabarnya dihantarnya rombongan menemui Tuan Guru Nik Aziz.

Bila mengenangkan perbuatan amno yang lalu, pak nur tergelak tahap gaban.

Pak nur berkata, pak nur setuju sangat Tuan Guru Nik Aziz menegaskan bersatu wajib atas dasar Islam. Bukan hanya menurut perintah Quran supaya bersatu tetapi menurut juga perintah Quran supaya Islam syumul dijadikan asas, bukan islam hadhari atau islam fundamental, atau islam wasatiyyah, tetapi Islam yang disebut “Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya...” demikian kata Quran.

Tidak percaya Islam adalah penyatu ummah ertinya tidak percaya Quran. Tidak percayakan Quran ertinya tidak percayakan Rasulullah. Tidak percayakan Rasulullah ertinya tidak percaya kepada ALLah Taala. Dan tidak percayakan ALLah Taala cukup merbahaya. Cukup simple untuk menilai iman.

Amno lupa bahawa mantan “mujadid” amno Dr Mahathir Mohamad telah mengajar bagaiman nak bersatu. Asas bersatunya memeng tak boleh diikut kerana ia bersatu atas sekular assobiah, namun akal Dr Mahathir ini memangn genius. Tok Guru Nik Aziz pernah berkata akal Dr Mahathir memang bijak, Cuma bijaknya tidak digunakan untuk Islam. Pulak dah.
Dr Mahathir berjaya menyatukan melayu. Dia mensyaratkan parti melayu Semangat 46 (S46) dibubarkan supaya melayu bersatu atas satu parti assobiah iaitu amno. Tengku Li akur dan angguk. Di bubarkannya parti yang diasaskannya dengan bersusah payah. Ku Li seakan mengkhianati ahli parti S46 yang bermandi peluh menudukungnya. Namun itulah cara amno, mahukan orang masuk kedalam amno” bubarkan parti kamu dahulu dan masuk amno”. Amno mahu hanya dia aja ujud menongkat langit.

Nak sekarang amno dah nazak. Nyawanya sudah hampir ke ghargharah. Sama nazaknya S46 pimpinan Ku Li hingga terpaksa dimatikan dahulu sebelum mati, sama macam orang koma yang tak ada harapan hidup, cabut aja wayar nafasnya supaya dia mati supaya tak menderita panjang.

Maka amno tidak perlu malu membubarkan amno dan ahlinya menceburkan diri menjadi ahli PAS. Jangan malu kerana anda semua ada dalil. Dalilnya ialah “Sirah Dr Mahathir” yang mensyaratkan S46 dibubarkan dan bersatu dalam wadah amno. Dalil itu cukup qat’ie, cukup sahih tanpa ada ruang perawinya untuk dipertikaikan, cukup sahih dalam sistematika Jahr wa ta’dilnya.

Kalau amno tidak mahu dan malu membubarkan amno untuk bersatu dalam wadah PAS, amno adalah, maaf pak nur katakan, sepemongak2 parti dalam sejarah kepartian. Pemongak ini bahasa orang Negori Sembilan bererti pendusta. Pendusta adalah munafik. Hukum munafik ialah berdosa besar. Dan menurut ALM Mufti Ahmad Muhammad Said, mantan mufti Negeri Sembilan dulu, orang munafik duduknya di kerak neraka.

Maka Amno perlu meletakkan neraka di hadapannya dalam membuat keputusan membubarkan amno dan masuk PAS. Kerana jika ini tidak dilakukan, amno akan menjadi satu parti yang hidup segan mati tak mahu, insya’ALLah. Tidak membubarkan amno untuk bergabung dalam satu parti iaitu PAS, adalah menentang dalil sahih Dr Mahathir. Dan paling teruk, itu tidak taat namanya kepada mujadid parti. Tak ingatkah seorang perwakilan wanita pernah mengatakan Dr Mahathir seorang mujadid?

Maka tidak ada jalan melainkan amno dibubarkan untuk bersatu dalam Islam syumul melalui wadah PAS.
Dan PAS jangan sekali2 berundur. Memegang Islam tidak ada kalimat mundur. Mundur dan menyanggupi saranan amno untuk bersatu dalam keasobiahan, maaf pak nur katakan, mengkhianati Islam dan mengkhianati amanah ahli, juga amanah ummah. President parti Haji Hadi Awang harus berhati2 dalam mengulas. Silap cakap akan dimaniplasikan amno. Contohnya seruan kerajaan perpaduan disalah ertikan PAS gilakan mahu jadi menteri. Jaga2, umat beriman tidak akan dipatuk ular yang sama dalam lubang yang sama.

Menjaga melayu belum tentu Islam terjaga kerana jika melayu merasakan mereka terdesak, Islam tak akan diperdulikan. Tetapi jika menjaga Islam, orang melayu, cina, india, murut, kadazan, orang asli semuanya terjaga, kerana Islam rahmat kepada semua.

Fikir2 renung2 bagi yang mahu berfikir dan yang mahu merenung.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular