Friday, August 10, 2012

Dah kata dah... jangan percaya sangat. Jangan tertipu dengan helah pilihan raya +Video

Logo Isu RoyaltiHakikatnya Najib dah tahu yang Kerajaan Kelantan akan tolak penal sedemikian sebab di dalam perjanjian dengan Petronas sudah jelas. Maka adalah alasan BN menyalahkan Kerajaan Kelantan... Hee.. heee... wayang cina! - MOUNTDWELLER

BN Kelantan selar Pas tolak panel royalti WARTAWAN SINAR HARIAN 9 Ogos 2012 Isu Royalti Minyak 

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Kelantan menyelar tindakan beberapa pimpinan Pas yang didakwa sengaja mempertikaikan penubuhan jawatankuasa khas mengkaji secara adil dan telus bayaran tunai hasil petroleum. 

Ketua Penerangan BN Kelantan, Datuk Dali Husin berkata, Pas dilihat sengaja mempergunakan isu terbabit bagi mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi kerajaan negeri. 

Beliau berkata, banyak janji yang ditabur kerajaan negeri masih gagal dilaksanakan sebab itulah mereka sengaja mempolitikkan isu terbabit semata-mata untuk meraih undi rakyat pada piliharaya umum akan datang. 

Hari ini, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menolak penubuhan jawatankuasa itu, sebaliknya mahu royalti dibayar segera. “Dakwaan mereka bahawa penubuhan jawatankuasa itu helah politik BN dan cubaan menipu penduduk Kelantan, menunjukkan PAS tidak mengutamakan kepentingan sebenar rakyat. “Itu hanya modal pilihanraya. 

Kenapa isu ini perlu ditimbulkan sekarang sedangkan mereka menerajui negeri ini sejak 1990 lagi. Kenapa tidak dibangkitkan di awal pemerintahan mereka? Ini persoalan kita,” kata beliau pada sidang media di Kota Bharu, hari ini. 

Dipetik portal Detik Perubahan, Dali mengulas kenyataan beberapa pemimpin Pas Kelantan termasuk Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa penubuhan jawatankuasa khas itu helah politik BN untuk menyedapkan hati anak Kelantan tetapi tidak berhasrat untuk membuat bayaran tunai tersebut. 

Penubuhan jawatankuasa khas itu diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas, bertujuan mengkaji secara adil dan telus berhbung bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada Terengganu, Kelantan dan Pahang. Dali berkata, banyak janji yang telah dibuat oleh kerajaan negeri seperti lebuh raya rakyat yang sehingga sekarang hasilnya masih belum dapat dilihat dan dinikmati rakyat di negeri ini. “Setakat mana hasil lebuhraya sekarang? Lepas itu pelabuhan darat, Bandar Baru Tunjung dan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian dan anggaran kita RM10 bilion projek tidak dilaksanakan lagi,” katanya. 

Pada masa yang sama beliau menyifatkan tindakan Pas negeri ini berbuat demikian dilihat sebagai terdesak memerlukan sumber kewangan akibat kehilangan hasil mahsul di samping pengurusan khazanah negeri yang tidak efektif. “Kerajaan Pusat sentiasa komited untuk menyelesaikan isu yang melibatkan tuntutan rakyat dan penubuhan jawatankuasa khas ini jelas manifestasi komitmen kerajaan pusat mendahulukan rakyat,” katanya. 

Dali turut menjelaskan BN Kelantan menerima siapa sahaja yang dilantik kerajaan negeri untuk menganggotai jawatankuasa tersebut asalkan wakil itu diperkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. “Tindakan pemimpin Pas memperkecil dan mempolitikkan penubuhan jawatankuasa khas itu jelas membuktikan mereka hanya berminat mengadakan isu dan menghidupkan isu dan bukannya mengambil pendekatan menyelesaikan isu,” katanya. SH

Anwar: Najib tak perlu dolak-dalik, segerakan bayar royalti (Oleh Mohd Martin Kahar) 

PETALING JAYA 10 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri menyegerakan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berdolak dalik kononnya mahu menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji isu itu. “Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas menetapkan Kerajaan Pusat perlu membayar royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak,” katanya. 

Ketua Pembangkang itu berkata, sudah tiba masanya Petronas mempertimbangkan pengagihan royalti yang seimbang berdasarkan projek pendaratan minyak. Beliau berkata, pengagihan royalti yang seimbang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri yang terbabit. Penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Najib bagi mengkaji isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur. 

Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar negara, wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. http://www.keadilandaily.com/?p=34286
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular