Sunday, August 5, 2012

Kantoi!! Selangor Bakal Ambil Alih Semula 33 Loji Rawatan Air Dari SYABAS +Video

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka bakal “mengambil alih semula” 33 daripada 34 loji rawatan air yang dimilikinya dan kini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat Selangor memandangkan kegagalan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan loji-loji berkenaan bagi membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 
“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk ‘mengambil alih semula’ aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana merasakan bahawa loji-loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara memuaskan bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya,” kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam satu kenyataan hari ini. Jelas Adun Sri Andalas itu lagi, pendedahan yang dibuat oleh Adun Pandamaran, Ronnie Liu, bahawa Syabas tidak menyelenggara rumah pam dan kelengkapan tangki air menjadi bukti kukuh punca berlakunya krisis bekalan air berlaku di sesetengah kawasan di Selangor. 
“Lawatan exco kerajaan negeri Ronnie Liu, baru-baru ini mendedahkan bahawa Syabas gagal menyelenggara dengan baik pam-pam air, peralatan dan kelengkapan serta tahap kawalan keselamatan aset tangki air dan loji rawatan air milik kerajaan negeri yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa tempat,” tambahnya. Selain itu, Jayakumar turut mempersoalkan tindakan Pusat yang berkeras untuk meneruskan pembinaan Loji Langat 2. 

“Kita kurang pasti bagaimana Kerajaan Pusat berkeras untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 dan dilaporkan akan memanggil tender terbuka bulan depan. “Kita difahamkan bahawa Peguam Negara (AG) turut diseret untuk ‘campurtangan’ dalam isu ini, dan kurang pasti samada pemimpin-pemimpin Pusat memahami dan menghayati konsep dan moral sistem ‘Federalisme’ yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya lagi. Beliau turut menjelaskan, “hak terhadap sumber air, hutan, batuan dan galian dan hal ehwal melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri”. 

“Rakyat akan melihat bahawa sebarang ‘pengambilan tanah milik sesebuah negeri dalam Persekutuan secara paksaan’ akan dianggap ‘menceroboh dan menakluki’ hakmilik kedaulatan kerajaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan. “Rasanya rakyat Selangor tidak akan berdiam diri,” tegasnya lagi.  

Syabas dan syarikat utamanya Puncak Niaga menimbulkan persoalan sama ada krisis air ini telah “direka” untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan Langat 2 yang bernilai RM3.6 bilion di mana Puncak Niaga dikatakan akan beroperasi di situ. Sementara itu, kerajaan negeri, syarikat konsesi air dan juga kerajaan Persekutuan terus-terusan menuduh antara satu sama lain berkenaan isu bekalan air, dan perang mulut ini menyebabkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur semakin risau tentang bekalan air mereka yang menyebabkan isu ini boleh dijadikan isu pilihan raya tentang siapa yang bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kekurangan bekalan air. 

Pada 16 Julai, Selangor mengumumkan ia akan mengambil alih operasi Syabas untuk mengelakkan kejadian krisis air yang direka dan telah diterangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai “mencurigakan”. Khalid juga berkata laporan awal audit mengatakan Syabas tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik. Khalid berkata, tindakan mahkamah mungkin diambil sekiranya Putrajaya enggan membenarkan pemintaan kerajaan negeri kerana enggan menyelesaikan masalah bekalan air. 

Pada 14 Julai, Syabas membentangkan kepada Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang. Dalam laporan yang terdapat dalam laman webnya, Syabas merekodkan pada 5 Julai, permintaan purata air ialah 4,324.79 juta air sehari (MLD) dengan air bersih yang disimpan sekadar 46.21 MLD atau 1.6 peratus – jauh dari paras yang dimahukan iaitu 20 peratus. Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan air diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja pembaikan di loji-loji syarikat. -TMI 

SYABAS Tak Selenggara Rumah Pam Untuk Wujudkan Masalah Air Di Balakong 

Syabas gagal selenggara rumah pam punca taman tiada air, kata Ronnie 

SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan. "Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya. 

"Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran. Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya. 

Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan. "Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka. Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi. 

Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas. Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. "Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi. -TMI 

Taman Putra Budiman residents want pumphouse fixed 

LOW-WATER pressure has become a daunting problem for residents of Taman Putra Budiman in Balakong Jaya. Residents at the five-storey walk-up apartments are the worst affected, especially those staying on the upper floors. The low-water pressure is due to flooded pumphouse and despite several complaints to Syabas the problem has not been solved. The poor drainage system had flooded the pumphouse which is in a low-lying area. 

Serdang parliament constituency coordinator Datuk Yap Pian Hon said the residents were facing this problem for the past one year. “I was shocked to see the pumphouse in water and nothing has been done to rectify the problem,” said Yap. He added that he had written to Syabas and was waiting for their response. 

The fencing around the pumphouse is also not maintained, providing easy access to drug addicts as several used syringes were found at the premises and some disposed off into the pool of water. N. Paramasivam, 62, who live on one of the upper floors of the apartment, said the water pressure was good until lately. “The pressure is low. “The water has a foul odour and is yellowish,” said Paramasivam. 

Housewives Wong Ah Lian, 62, and Koh Up Hian, 54, said this problem was troubling them day and night. Another resident Fong Sau King said her grand-daughter was suffering from skin irritation every time she had her bath. “The water is dirty and unhealthy for children,’ said Fong. Yap said he would ask Syabas to rectify the problem immediately and also to fence up the place to prevent drug addicts from using the area. “I will follow up with the issue until the residents are provided with clean water supply,” added Yap. -The Star
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular