Tuesday, August 7, 2012

SYABAS akui tiada krisis air di S'gor.. kroni BN diketepikan

NONEMB: SYABAS akui tiada krisis air di S'gor 
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri. Abdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari. 

"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama. “Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail. 

SYABAS pada Julai lalu mencadangkan catuan air dijalankan di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan alasan rizab air di negeri itu berada di tahap kritikal. Kerajaan Selangor kemudiannya mendakwa syarikat tersebut cuba "mencipta" krisis dan menggunakan kuasanya untuk mengambil alih pengurusan SYABAS. 

Abdul Khalid bagaimanapun mengakui bahawa beberapa kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air – yang dikaitkannya dengan kelemahan SYABAS dalam kapsiti membekalkan air. “Tempat seperti Cheras dan Petaling Jaya, disebabkan sifat bangunan tersebut, air terpaksa dipam tapi jika anda tidak mencapai kapasiti yang sangat tinggi maka akan berlaku kekurangan bekalan," katanya. 

Tambahnya, perkara itu bermaksud paip lencongan diperlukan untuk membawa air tambahan ke kawasan berkenaan. Abdul Khalid juga mengakui bahawa "krisis" tersebut menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi politik. "Tentulah ia mempunyai sedikit impak apabila anda melihat seorang wanita tua terpaksa membawa sebaldi air yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak sensitif kepada keperluan rakyat, tapi saya akan selesaikan bahagian itu," katanya.MK

Isu air di Selangor: Rakyat didahulukan, kroni BN diketepikan 

SUBANG JAYA, 6 OGOS: Rakyat negeri Selangor akan mendapat keuntungan dan manfaat yang besar apabila pengurusan air dikembalikan sepenuhnya daripada SYABAS kepada kerajaan negeri melalui pemilikan ekuiti dan saham. 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mahu memastikan sebarang usaha pengambilalihan air sebagai milik negeri tidak akan melibatkan kenaikan harga air. Dengan cara itu, katanya, rakyat Selangor dapat membayar perkhidmatan air secara telus dan menjimatkan serta mereka sendiri mempunyai kepentingan di dalam pengurusan air negeri. 

Beliau berkata demikian dalam satu majlis berbuka puasa bersama pihak media dan majlis sumbangan hari raya kepada 20 orang anak-anak yatim dari Institut Taufiq Islami Jalan Kebun di sebuah hotel di sini Jumaat lalu. “Sekiranya penyusunan semula air ini dapat dilakukan, kita akan dapat memulangkan semula pemilikan industri air kepada rakyat Selangor melalui pembelian ekuiti-ekuiti ataupun saham-saham syarikat yang mengendalikan air. “Dengani cara itu rakyat bukan sahaja akan menerima perkhidmatan air tetapi juga memiliki saham supaya dapat keuntungan,” ujar beliau. 

Beliau menambah, rakyat negeri tidak perlu bimbang kerana isu air di Selangor itu adalah ‘cerita’ yang sengaja dipolitikkan dan ia akan berterusan menjadi modal berita oleh UMNO-BN sehingga pilihanraya umum akan datang. 

Mengulas isu Talam yang sering diputarbelitkan media UMNO-BN, Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Ijok berkata, beliau tidak akan membuat kenyataan akhbar mengenainya sehingga selesai menjalani audit. “Hari ini saya dapati lebih daripada sepuluh pegawai audit sudah mula melakukan audit dan tak lama lagi saya akan umumkan beberapa hasil awal audit mereka supaya semua orang tidak payah bertengkar ataupun berkempen,” katanya. 

Disebabkan isu ini diperbesar-besarkan, menurutnya, ramai di kalangan media dan blogger melawat tapak tersebut dan mengambil gambar di tanah-tanah milikan Talam. “Saya anggap itu sebagai sesuatu yang positif sebab ia merupakan ‘iklan’. Kalau dulu orang tidak kenal Talam, sekarang sudah kenal. Kalau dulu orang tidak tahu bagaimana mengutip hutang, sekarang orang tahu bagaimana cara hendak mengutip hutang. “Dulunya pentadbiran dibuat secara rahsia, tapi sekarang pentadbiran dibuat secara terbuka,” ujar beliau. 

Beliau berharap standard yang dilakukan oleh kerajaan negeri itu akan diteruskan kerana ia memberi satu nafas baru dalam usaha pentadbiran yang terbuka. Katanya, rentetan dari isu SYABAS dan isu pembayaran semula hutang dari Talam ini, ia membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat berpegang pada janji untuk melaksanakan pentadbiran secara terbuka dan telus. “Dengan cara yang terbuka rakyat boleh mengetahui dan menilai keupayaan serta keikhlasan kerajaan negeri dalam memberi khidmat kepada seluruh rakyat Selangor,” ujar beliau. -Roketkini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular