Dalam FB Zaharin Mohd Yasin – atau sebelum ini dikenali sebagai penulis blog popular Sang Kelembai – menolak Datuk eskay sebagai hero dengan siri pendedahan video seks yang dituduh beliau adalah aksi Ketua Pembangkang.
Zaharin Mohd Yasin mendedahkan bahawa Datuk Eskay kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana projek jambatan bengkok.
Melihat dari komen FB beliau yang rata-rata adalah kalangan UMNO – menolak Datuk Eskay sebagai wira dan menggesa UMNO jangan campur tangan dalam pendedahan Eskay. Kalau Eskay nak dedah – dedahlah tetapi jangan atas nama UMNO pula.
Ini menunjukkan ramai antara ahli UMNO juga menolak mainan tuduhan seks sebagai senjata ampuh politik UMNO. Bagi umno-reform2 – kami menolak pameran porno yang dilakukan oleh sesetengah laman pro UMNO dan melabelkan mereka sebagai sokongan membawa rebah dan UMNO sendiri terpalit dengan tuduhan porno. Akhirnya mereka menolak Datuk Eskay sebagai hero dan menggesa kepimpinan UMNO untuk bertindak lebih matang dari porno. - Dari Blogger UMNO
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/umno-menolak-datuk-eskay-sebagai-wira.html
No comments:
Post a Comment