Friday, March 30, 2012

Isu biseksual - PAS Setuju Ketua Pembangkang diganti???

Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, ya.

“Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang kelmarin, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.

Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kelmarin berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

“Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada,” kata beliau di lobi parlimen. Harakahdaily

Nalla & Peguamnya Jahil Undang-undang. Timb Speaker Tutup Ruang Lucut Kelayakan Anwar

Tiada Peruntukan Lucut Kelayakan Anwar

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat tidak memperuntukan mekanisme tertentu bagi membolehkan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dilucutkan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat sedia ada yang digubal sejak 1960 tidak mengandungi prosedur seumpama itu.

"Kita kena berpandukan kepada tiga perkara iaitu peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan bagi mencabar kelayakan seseorang.

"Bagaimanapun tiada satu daripada tiga perkara ini yang memberi ruang atau peluang untuk mencabar kelayakan terhadap sesiapa.

"Justeru itu, mekanisme tertentu perlu difikirkan untuk tujuan berkenaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang bercadang membawa usul di Dewan Rakyat bagi mencabar kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berikutan pelbagai dakwaan salah laku seks termasuk mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.

Ditanya sama ada wujud peruntukan Dewan Rakyat yang boleh digunakan bagi memenuhi maksud demikian berhubung masalah peribadi Anwar, Wan Junaidi berkata perkara tersebut tidak berlaku dalam dewan.

Katanya, peruntukan Dewan Rakyat menerusi Peraturan Mesyuarat hanya terhad kepada perilaku serta percakapan seseorang Ahli Parlimen sewaktu di dalam dewan.

"Misalnya tindakan mahu menggantung Ahli Parlimen, ia perlu membabitkan tindakan Ahli Parlimen di dalam dewan. Di luar dewan tidak boleh diambil kira, melainkan terlibat dengan kes jenayah atau derhaka kepada negara.

"Bagaimanapun apabila melibatkan kes jenayah atau derhaka kepada negara, tindakan hanya akan diambil apabila kes selesai dibicarakan di mahkamah. Sekiranya didapati besalah, dikehendaki membayar denda dan dihukum penjara, barulah keguguran keahlian (Parlimen) boleh berlaku tetapi ia juga perlu dibawa ke dalam dewan untuk dibahas terlebih dahulu kerana tidak boleh berlaku secara automatik," katanya. -mstar

Ugutan lucut jawatan Anwar tanda jahil undang-undang

KUALA LUMPUR 29 Mac: Ugutan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah dan Senator S. Nallakarupan untuk mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang menandakan mereka jahil undang-undang.

Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran berkata, kenyataan Shafee dan Nalla menunjukkan kejahilan melampau berkenaan prosedur itu di Parlimen Malaysia dan negara Komanwel.

“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk.

“Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.

Bercakap lanjut, Surendran berkata rakyat tidak pernah percaya dengan pembohongan tanpa sebarang rasa malu yang dilakukan oleh Nallakaruppan dan konco-konconya yang sentiasa cuba menyerang peribadi Anwar.

“Mereka (rakyat) memberikan sokongan, kepercayaan, dan simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpin beliau,” kata Surendran.

Memetik laman Malaysiakini, 28 Mac lalu, Shafee dan Nalla, beserta Anuar Shaari, Umi Hafilda Ali, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan penubuhan ‘Gerakan Anti-Anwar’.

Ia kononnya bertujuan menyekat kemaraan politik Anwar, dan salah satu caranya adalah dengan mengusulkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parlimen untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. -KD

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/isu-biseksual-ketua-pembangkang-akan.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular