Monday, March 26, 2012

Roboh Masjid Desa Makmur Kg Bujal, RTK Kijal Dalam Kenangan +Video Rakaman Penuh


Peristiwa menyayat hati pemusnahan Masjid Desa Makmur, Rancangan Tanah Berkelompok, Kampong Bujal, Mukim Kijal, Daerah Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Pemusnahan sebuah masjid tempat beribadatnya umat Islam Kg Bujal diatas kerakusan UMNO Terengganu berlaku pada jam 2.30 petang, 26hb Mei tahun 2005.

Kekejaman ini adalah gara gara arahan Kerajaan BN Terengganu yang tidak mengambil kira bahawa Masjid Desa Makmur yang sedang digunakan itu adalah hasil dari derma orangramai dan didirikan diatas tanah lot yang sah pemberian Kerajaan PAS Negeri Terengganu sebelum itu yang diterajui Tuan Guru Datok Haji Abdul Hadi Awang kepada penduduk di Kampong Bujal!

Turut dimusnahkan beberapa rumah penduduk miskin yang menerima lot lot tanah dari Kerajaan PAS Terengganu dahulu yang di anugerahkan kepada mereka melalui Rancangan Tanah Berkelompok secara sah.

Saksikan lah peristiwa orang orang yang jika ditanya mengaku beragama Islam berlaku zalim memusnahkan masjid binaan orang orang Melayu Kg Bujal yang miskin dan dari duit derma penduduk penduduk kampong yang daif kehidupan mereka diatas tanah lot anugerah Kerajaan PAS sebelum diambil alih oleh Barisan Nasional!

Maka terpahatlah sejarah hitam dibumi tanahair kita sendiri tentang kekejaman manusia yang gilakan pangkat dan kedudukan politik sanggup mengarahkan pihak berkuasa tempatan menghancurkan sebuah masjid tanpa sedikit pun belas kasihan terhadap sesama Ummah!

Tuan tuan menjadi saksi tentang kezaliman ini. Sudah ranap ditelan masa tetapi tetap tidak akan kita lupakan Masjid Desa Makmur, Kampong Bujal, Mukim Kijal, Daerah Kemaman, Terengganu Darul Iman!

Kemana perginya Raja raja Melayu yang sepatutnya mempertahankan Rumah Allah?

Kemana perginya Pemuda UMNO Terengganu yang sepatutnya berada dihadapan sekali mempertahankan masjid Allah?

Kemana perginya para pejuang pejuang Melayu Islam yang terkenal dengan semangat kependekaran mereka?

Telah berkubur kah semangat orang orang Islam di bekas Tanah Melayu ini bersama terkuburnya pahlawan pahlawan Melayu dahulu?

Entahlah tuan tuan..nampak gaya tanda tanda kemusnahan bumi ini semakin jelas bila kerajaan orang orang Islam sendiri memusnahkan kediaman kediaman penduduk penduduk miskin dan yang paling menyayat hati mereka sanggup memusnahkan sebuah masjid binaan dari duit orang orang miskin diperkampongan!

Kemana perginya pepatah Melayu lama ' Biar mati bergalang tanah dari hidup berputih mata?'

Dah masuk muzium gamaknya jatidiri Melayu sebegitu yang dahulunya terkenal dengan keperwiraan mereka?

Ya Allah! Ya Rahman! Hanya padaMu Sahaja kami berserah!

Akan kembalikah zaman kegemilangan para pendekar Melayu silam bangun mempertahankan rumah rumah Mu Ya Jabbar?

Hamba berharap dan berdo'a agar semangat Datuk Laksamana Hang Jebat akan tercetus kembali didalam jiwa dan sanubari Muslim Sejati yang menonton rakaman video ini!

Amin


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/roboh-masjid-desa-makmur-kg-bujal-rtk.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular