Wednesday, March 28, 2012

MENJAWAB ISU "KELANTAN NEGERI TERENDAH CATAT PELABURAN" +Video

Kenyataan Awang Adek, Sinar Harian 28 Mac 2012. Baca: SINI
KELANTAN Negeri Terendah Catat Pelaburan? Sebab apa? KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ASAS DINAFIKAN HAK!

1. MENYEKAT PEMBESARAN LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA

- Kerajaan Negeri nak besarkan untuk dijadikan Lapangan Terbang Antarabangsa -- Kerajaan Pusat yg ditadbir UMNO/BN TIDAK BENARKAN. Faktanya Penerbangan: Jumlah Penerbangan KL-KB adalah 15 - 18 KALI sehari, Lapangan Terbang Negeri Terengganu ANTARABANGSA Terengganu hanya 4-8 kali sehari.

2. KEMUDAHAN JALAN RAYA DINAFIKAN

- Jalan Raya dari KB ke Gua Musang antara yang TERBURUK berbanding dengan negeri-negeri lain, kerana apa? FAKTA: Dalam Belanjawa RMK9, peruntukkan bagi membina jalan BARU Kuala Krai - KB sudah diluluskan, tetapi asbab khianat pemimpin UMNO/BN bajet tersebut ditarik balik, hinggakan Kelantan Terpaksa MEMBINA LEBUHRAYA Sendiri! -- Sama2 kita doakan agar Kerajaan Kelantan BERJAYA! -- Lepasni kita semua tak payah bayar cukai jalan kpd JPJ mcmn?

3. AIR KELANTAN DISEKAT GERAN PERKAPITA

- AKSB masih menggunakan infrastruktur lama, memandangkan tiada GERAN daripada Kerajaan Persekutuan, berbanding dengan negeri-negeri lain semuanya mendapat GERAN/FREE. Kerajaan Negeri telah memohon pinjaman RM600juta untuk pembangunan air di Negeri Kelantan pd 1999, ia bagi mengejar 11 tahun ketinggalan (1990-2001), namun 2003 baru loji di Chicha siap, maka Kelantan ketinggalan selama 13 tahun! Pinjaman lulus pun bukan serentak, tetapi sikit-sikit iaitu RMK10 RM96juta, RMK9 - RM160juta dan RMK8 - RM291 juta. Total yg diluluskan hanya 547 Juta.

4. INFRASTRUKTUR PENDARATAN MINYAK DAN GAS DINAFIKAN

- Pada tahun 2004, telaga minyak dan gas telah ditemui di dalam perairan Kelantan, Kerajaan Kelantan telah memohon agar Loji Pendaratan Minyak/ Gas melalui paip minyak didaratkan ke Pantai Kelantan. Tetapi Kerajaan Pusat mendiskriminasi Kerajaan Kelantan dengan mendaratkan minyak dan gas di Blok A18 tersebut ke Songla, Thailand. W/pun jarak telaga tersebut ke Kelantan hanya 150km jauh lebih dekat berbanding Songla iaitu 260km!

5. MENAFIKAN HAK KELANTAN UNTUK MENDAPATKAN ROYALTI MINYAK 5% SETAHUN!

- Terbaru pada 4 November 2009, Najib sendiri telah menafikan Hak Kelantan bagi Mendapatkan HAK ROYALTI MINYAK Kelantan sepertimana termaktub dalam Perjanjian Kelantan - PETRONAS 1975 dan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Sepatutnya buat masa sekarang rakyat Kelantan sudah menikmati RM6Billion tunggakkan sejak 2004 yg WAJIB Petronas bayar kepada Kelantan, tetapi itu tidak berlaku disebabkan diskriminasi jahat Kerajaan pemerintah!

6. MENGHALANG PEMBINAAN PAIP MINYAK KE KELANTAN DAN DIDARATKAN KE KERTEH W/PUN MINYAK & GAS DITEMUI DALAM PERAIRAN KELANTAN!

- 24 Ogos 2011 - PETRONAS mengumumkan pendaratan dan pembinaan loji pemprosesan gas di Kerteh, Terengganu dgn nilai RM15Billion meliputi pemasangan paip dilautan sepanjang 200km dan dijangkan siap 2013.

- 2 telaga minyak iaitu Telaga Bumi dan Telaga Surya dari Blok PM301, North Malay Basin yang berada di perairan Kelantan.

- 60,000 tong sehari pengeluaran di kedua2 telaga.

- USD80 setong harga minyak mentah minimum mengikut pasaran dunia.

- 21.6 juta tong setahun pengeluaran dari kedua-dua medan dan boleh mencapai RM5.24 billion setahun.

- RM262 JUTA setahun yang patut Kelantan terima jika royalti 5% diberikan kepada Kelantan.

Ini hanyalah sebahagian daripada ringkasan jawapan kepada MENTERI Pengkhianat! Tak percaya boleh lihat disini juga:

Syam Ghaz
Setiausaha GEGAR

p/s; Ia hanya ringkasan fakta, fakta lebih lanjut boleh didapati dengan organisasi berkaitan. tq

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular