Sejak beberapa hari lalu tumpuan rakyat terutamanya dikalangan penyokong Barisan Nasional tertumpu kepada Barisan Kabinet yang akan diumumkan DS Najib bila bila masa sahaja.Setelah mewarisi "kitchen cabinet pak lah" yang penuh dengan segala macam "MAKHLUK PEROSAK",kini rakyat menanti dengan penuh debaran siapakah dikalangan para pemimpin yang menang atau yang kalah atau yang tidak bertanding dalam PRU13 yang baru lalu yang bakal mengganggotai "The Dream Team" DS Najib.
Setelah MANDAT dipohon dan MANDAT diberi oleh rakyat kepada DS Najib,maka kini rakyat ingin melihat KEBIJAKSANAAN DS Najib memilih barisan kabinetnya sendiri untuk terus mengibarkan Panji Panji Barisan Nasional kedalam pertempuran PRU14 yang akan berlaku 4 atau 5 tahun dari sekarang dan seterusnya memenanginya dengan kejayaan yang lebih baik dari 2 PRU sebelum ini.
Apakah kabinet yang akan dinamakan DS Najib nanti merupakan "The Dream Team" beliau dan akan disokong majoriti rakyat?Atau...apakah ianya akan hanya indah khabar dari rupa dan masih saperti "The Kitchen Cabinet" yang diwarisinya dari Pak Lah dan hanya diberikan warna baru untuk terus menempatkan makhluk perosak seaneka rupa.
Aku tak berani nak komen apa apa setakat ini sehingga barisan kabinet ini diumumkan kelak,tapi agak gusar bila memikirkan "anti klimax" yang berlaku dalam dongeng "Winnable Candidates" yang dicanang sekian lama oleh DS Najib yang akhirnya bila diumumkan ditempek teriak oleh banyak pihak yang akhirnya menyaksikan 61 ahli Umno dipecat termasuk Naib Ketua Wanita Umno sendiri.
Apakah anti-klimax akan berlaku sekali lagi dalam menamakan "The Dream Team" beliau?
Kita harap harap tidak akan berlaku demikian.
Apapun sudah kedengaran spesis makhluk perosak lipas,pijat,anai anai dan langau yang tengah memasang badan dan angan angan untuk mendiami KITCHEN CABINET yang akan dibina @NajibRazak dan kalau ianya benar benar terjadi maka bersedialah untuk melihat Umno DITALKINKAN bila tiba PRU14 nanti.
SIAPA YANG AKAN MENTALKINKAN UMNO?
Siapa lagi kalau bukan "tukang kayu" yang membina Kitchen Cabinet? - SUMBER
Senarai Menteri Kabinet Baru 2013
Di bawah ini adalah berkemungkinan beso senarai barisan Menteri Kabinet Najib yang baru .. ini yang tak rasmi lagi yang terima .
Kalau nak tau yang rasmi kena tunggu esok la selepas Najib mendapat perkenan YDP Agong di Istana Negara .
Bagi Aku kalau senarai terkini ini dimuktamadkan , maka satu kezutan besar la bukan sahaja kepada seluruh jentera/penyokong BN tetapi rakyat Malaysia amnya .
Kepada penyokong2 tegar YB-YB & Pak Menteri sedia ada tu ..banyak-banyak bersabor la terima kenyataan jika bos anda digugurkan atau dipindahkan ke kementerian tak glamour tu...hahaha....
Apa komen korang setelah melihat barisan kabinet ini ?
Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan
Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin
Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Turun Pangkat)
Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel
Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong
Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek
Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar
Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon
Menteri Penerangan Dan Komunikasi Khairy Jamaluddin
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani
*Sumber - Orang Suratkhabar Lama
( Nak percaya atau tidak..?? Aku pun tak tahu....hahaha....)
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment