Wednesday, May 15, 2013

Gempaq!! ZAMBRI MB PERAK SUDAH MULAI BELI ADUN PR?!!!!

HEBOH DI PERAK!!! UMNO akan rampas kerusi Speaker daripada MIC, tawar kepada calon PAS ?
Nota: Pak Din- Zainuddin Yusof calon PAS N20 Lubuk Merbau

berita terbaru yang diterima dari informer di lapangan

Pak Din telah mendapat tawaran dari Zambri dengan memujuk beliau menjadi speaker dewan negeri Perak dengan meloncat masuk Umno..

Tapi Pak Din Tolak..,

Pasai Pak Din kata nanti esok bila aku mati orang akan ludah kubur aku ..Pak Din tak nak semua itu,pencen Pak Din pun banyak ,Pak Din Tak mau jadi pertualang PR. ~The Sniper

Kenyataan Media V. Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak di Ipoh pada 7 Mei 2013

Pada tahun 2008, apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Perak selepas pilihanraya, saya dipilih oleh Ahli-ahli Dewan Negeri Perak sebagai Yang Dipertua Dewan yang juga dikenali sebagai Speaker.

Tetapi selepas kerajaan yang sah dirampas oleh Barisan Nasional pada tahun 2009, jawatan Speaker itu diberikan kepada Dato R. Ganesan yang mewakili parti MIC.

Perlantikan jawatan Speaker itu dilakukan secara haram 4 tahun yang lepas pada tarikh hari ini iaitu 7 Mei 2009. Beliau telah memegang jawatan itu sehingga Dewan Negeri Perak dibubarkan pada bukan April 2013.

Jawatan Speaker itu diberikan kepada seorang pemimpin MIC semata-mata untuk menjaga hati kaum India di Perak. Kerajaan Barisan Nasional telah memperalatkan MIC untuk menipu masyarakat India dengan memberi jawatan tersebut.

Dalam PRU13, sekali lagi MIC kalah semua kerusi yang ditanding untuk Dewan Negeri Perak. Oleh yang demikian, MIC pasti akan mengharapkan jawatan-jawatan perlantikan tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Tetapi, adakah kerajaan Barisan Nasional akan memberikan jawatan-jawatan penting kepada pemimpin-pemimpin MIC yang telah pun kalah dalam pilihanraya.

Saya pasti MIC akan hilang jawatan Speaker yang diberikan kepadanya untuk tempoh sementara. Saya yakin UMNO akan mengambil balik jawatan itu daripada MIC.

Ini adalah satu hakikat yang nyata bahawa MIC akan tunduk kepada semua permintaan UMNO. Barisan Nasional tidak akan takut kepada MIC atau masyarakat India lagi.

UMNO akan menggunakan kuasa mutlaknya untuk merampas jawatan Speaker itu daripada MIC. Perkara ini pasti akan berlaku dalam persidangan pertama Dewan Negeri Perak iaitu dalam proses perlantikan Speaker baru.

Saya juga pasti MIC tidak akan berani untuk melawan atau merebut untuk mendapatkan jawatan tersebut. Bagi UMNO, MIC adalah parti nyamuk yang boleh diperkudakan untuk mencapai matlamat politiknya.

Jika MIC melepaskan jawatan itu, maka terbuktilah MIC gagal memperjuangkan hak orang-orang India di negara ini. MIC harus mengaku bahawa ia merupakan parti boneka UMNO yang dikongkong seratus peratus.

Masyarakat India akan menilai kredibiliti MIC dalam mempertahankan jawatan Speaker di negeri Perak. Jika MIC gagal, adalah wajar untuk MIC keluar dari komponen Barisan Nasional yang sentiasa menipu kaum India.

Masyarakat India juga akan tahu betapa zalimnya kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO terhadap kaum itu. ~Suara Perak

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular