Monday, April 22, 2013

Memang Gila Beb!!! ..Nama calon tarik diri kekal di kertas undi

PUTRAJAYA: Calon yang memutuskan untuk menarik diri selepas hari penamaan calon, kekal dianggap bertanding dan nama calon itu tetap dicetak pada kertas undi, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata ia selaras dengan pemansuhan tempoh penarikan balik pencalonan yang diperkenalkan SPR pada pilihan raya kali ini.

"Di bawah undang-undang SPR, calon tidak boleh bertindak sedemikian tetapi jika calon tetap ingin mengumumkan menarik diri, itu adalah hak peribadi masing-masing.

"Pengundi masih tetap boleh mengundi nama calon itu dan kertas undi tetap akan dikira," katanya seperti dipetik oleh Bernama, hari ini.

Pemansuhan tempoh penarikan balik pencalonan adalah antara penambahbaikan yang diperkenalkan SPR, selaras dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Selain itu, Wan Ahmad berkata bagi pertandingan satu lawan satu dan sekiranya calonnya menarik diri, pegawai pengurus pilihan raya tidak boleh mengumumkan menang tanpa bertanding kerana kertas undi tetap dikira.

"SPR yakin tindakan seperti itu tidak akan mengganggu proses pengundian dan juga proses mencetak kertas undi yang dijangka selesai hari ini," katanya.

Mengenai undi pos di kalangan pengamal media, beliau berkata, tarikh tutup permohonan hari ini dan SPR menjangkakan keputusan sama ada pemohon layak mengundi pos dapat diketahui hujung minggu ini.

Sementara itu, Pas dan PKR mengumumkan langkah untuk menyelesaikan isu pertindihan kerusi antara mereka.

Pas memberikan kerusi parlimen Labuan serta kerusi negeri Sungai Acheh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR manakala PKR pula menyerahkan tiga kerusi di Terengganu kepada Pas iaitu DUN Bukit Besi, Seberang Takir, dan Kota Putera.

Status kerusi Kota Damansara masih dalam rundingan antara PAS, PKR dan Dr. Nasir Hashim daripada PSM yang merupakan calon yang bertanding menggunakan simbol PKR.

Sementara itu, Pengerusi DAP Melaka, Sim Tong Him yang bertanding sebagai calon bebas di kerusi DUN Kota Laksamana mengumumkan tidak akan meneruskan kempennya dan meminta maaf kepada DAP.

Bagaimanapun beliau kekal bertanding di kerusi parlimen Kota Melaka yang dimenanginya pada 2008 sebagai calon DAP. astroawani

SILA BACA : PRU13 EPISOD KERJA GILA 1MALAYSIA BERMULA IAITU CALON BERKEMPEN UNTUK TARIK DIRI... KAH KAH KAH !

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular