Monday, April 22, 2013

Ini lah UMNO kepingin sangat unt menang .. Bekas TPM sanggup kena kencing dan berbohong kah kah kah +Video

Sungguh MEMALUKAN Bekas Timbalan Perdana Menteri kene kencing ngan Blogger UMNO-BN sendiri dan tanpa usul periksa terus sebar berita Palsu. "BN Menang tanpa bertanding DUN Senggarang... " Buat sidang media tanpa mendapat pengesahan dari SPR. Tak sabar2 la TPM sorang nih. Mana perginya kredibilti sebagai seorang TPM...?

Pandai jugak Muhyiddin ni buat lawak utk memulakan kehangatan kempen PRU13. Ramai yang mencari semula rakaman ni sebab masa Buletin 1:30 keluarkan semalam ramai yang masih belum balik.. Nasib baik jumpa..

Kepada macai2 penjilat UMNO-BN, tolong cakap VIDEO ni palsu, itu bukan Muhyiddin.. FAKE!!! PAKAI TOPENG!!! Kih kih kiiiiiiiiiiiiiiiiiiihh.. 
Orenji Ren Oren

Tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali....

Ini kerana dakwaan orang nombor dua Barisan Nasional (BN) itu terbukti bohong. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Kari akan bertanding di situ melawan calon BN.

Kira-kira jam 1.20 semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.

Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3 suku....

“Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.

“Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan,” lapor TV3 suku....

Berita itu memetik kata-kata Muhyidin yang memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.

Take Note !!! : Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan penyertaan calon PAS Dr Ramli Kari di situ."PAS bertanding di DUN Senggarang.... Segala berita mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu,”

[ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!! - SUMBER

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular