Sunday, April 21, 2013

Insiden pertandingan 3 penjuru di Dun Panti


Adalah mendukacitakan, apabila berlakunya pertandingan 3 penjuru dalam PRU 13 bagi Dun Panti yang membabitkan Calon BN, PKR dan PAS.

Sementara saya menghormati calon PKR, Annuar Salleh, saya juga memahami situasi semasa yang dihadapi Calon PAS, Ust Azlisham Azhar, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Johor yang telah turun padang bertahun2 lamanya. Beliau dan jentera PAS berada dalam persimpangan. Ia mengambilkira ketidaktentuan siapa calon PKR, hinggalah watiqah calon diterima oleh Ust Azlisham, pada tengahari khamis, 18 April lalu.

Ia dilakukan semata2 sebagai backup bagi mempastikan BN tidak beroleh kemenangan percuma di Dun Panti. Tanpa menuding jari kepada sesiapa, peristiwa yang berlaku di Pusat Penamaan calon adalah adalah sesuatu yang malang; salah faham dan seharusnya boleh dielakkan.

Saya telah meminta Sdr Mohzit, selaku Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Tenggara, menyediakan laporan lengkap insiden tersebut untuk diserah secepat mungkin kepada PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

Samada penyokong PAS maupun PKR, diharap bertenang dan kekal dengan semangat muafakat dalam Pakatan Rakyat. Fokus tentangan terhadap musuh sebenar, Barisan Nasional.

Kita yakin, Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat isnin ini akan meneliti insiden di Dun Panti secara adil. PAS Kawasan Tenggara akan akur dengan keputusan yang dimuktamadkan.

Kita yakin, insiden pertandingan 3 penjuru di Dun Panti ada hikmah yang tersendiri. InsyaAllah, hubungan dengan PKR tidak akan terjejas, bahkan; perlawanan menentang BN kian sengit, bukan sahaja di Dun Panti, tapi juga di Dun Pasir Raja dan Parlimen Tenggara!

Yang DiPertua,
PAS Kawasan Tenggara
20 April 2013

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular