Sunday, March 10, 2013

Apa yang kerajaan tak-rasmi (caretaker government) tidak boleh buat

KELMARIN genap lima tahun tempoh hayat kerajaan persekutuan sejak pilihanraya umum 8 Mac 2008. Telah ada pakar undang-undang termasuk Tommy Thomas yang menyatakan bahawa hari ini bermula tempoh kerajaan tak-rasmi (caretaker government) sehingga tarikh pengundian PRU ke-13 tidak lama lagi.

Sama ada ia bermula hari ini atau tidak lama lagi, yang penting kuasa kerajaan tak-rasmi adalah terhad. Jika melanggarnya bererti melanggar undang-undang, mencabul kedaulatan undang-undang dan pecah amanah terhadap rakyat.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula memberi contoh sistem demokrasi negara Komanwel, termasuk Australia, yang turut menjadi teladan kepada Malaysia di mana ada lima perkara utama yang TIDAK boleh dilakukan oleh kerajaan tak-rasmi.

Semua warga Malaysia yang prihatin perlu menjadi pemerhati bagi memastikan kerajaan tak-rasmi Najib Razak tidak menyalahgunakan kuasa atau mencabul undang-undang semata-mata mahu memenangkan Barisan Nasional dalam kempen PRU13..

Lima perkara sepanjang tempoh kerajaan tak-rasmi itu adalah:

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat sebarang keputusan dasar kecuali dalam hal-hal yang amat penting serta perlu berbincang dengan pembangkang;

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat perlantikan pegawai tinggi kecuali untuk jangka pendek sahaja;

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat atau mengadakan sebarang kontrak atau tender projek besar;

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh mengadakan rundingan antarabangsa atau membuat lawatan rasmi ke luar negara; dan

* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membenarkan perkhidmatan awam terlibat dalam aktiviti pilihanraya kerana ia perlu bersikap neutral dan hanya menjadi penasihat kepada kerajaan, dan bukannya parti politik.

Berpuluh tahun lamanya BN melanggar prinsip-prinsip ini kerana ia menguasai segala alat-alat negara. Keadaan sudah berubah. Rakyat sudah mula berani berfikir, berani bertindak demi kebenaran dan hak.

Dahulu tak tapi sekarang sudah ada. Kini ada internet, WIFI, facebook dengan pelbagai aplikasi, sama ada melalui computer peribadi, telefon bimbit, ipad atau ipod dan pelbagai lagi. Semakin sukar untuk mereka yang berkuasa menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular