Sunday, March 10, 2013

Tarikh pembubaran Parlimen secara automatik 28/4/2013

Bagi Rakyat Malaysia umumnya 5 tahun bermakna 5 tahunlah,bukan dikira dari Mesyuarat parlimen yang pertama,rakyat mengira Mandat Rakyat bermula dari hari pembuangan UNDI !!!8/3/2008

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau secara peribadi bersetuju dan bersedia untuk menjadi pemangkin kepada langkah itu.

"Saya secara peribadi merasakan lima tahun bermakna lima tahun, jadi rakyat faham mereka akan mengundi wakil mereka selama lima tahun, saya juga boleh jadi catalyst (pemangkin) untuk kita cuba dapatkan lima tahun ini," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata perkara itu juga boleh dibincang sekiranya ia memberi manfaat kepada negara memandangkan sistem Westminster di United Kingdom yang menjadi model kepada sistem Parlimen Malaysia baru-baru ini telah bersetuju untuk memastikan tarikh pilihan raya adalah selepas lima tahun.

"Oleh kerana sistem kita mengikut Westminster, ia mungkin satu perkara yang boleh kita bincang dan kalau ia lebih memberi manfaat kepada negara untuk memastikan lima tahun itu maknanya lima tahunlah... dan tidak boleh dipanggil pilihan raya sebelum lima tahun. Ini boleh kita bincangkan untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen lebih awal, ia merupakan perkara dasar yang perlu dikaji terutama daripada aspek perundangan.

"Tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanyalah menentukan tarikh pilihan raya umum apabila Parlimen bubar," katanya.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular