PETALING JAYA: Warga yang tidak mempunyai kad pengenalan bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat keturunan India tetapi juga kepada rakyat Sabah terutama dari kawasan pendalaman.
Ia juga berlaku kepada masyarakat orang Asli, kata beberapa aktivis masyarakat.
Aktivis masyarakat di Sabah, Androd Sadian berkata, masalah rakyat negeri itu yang tidak mempunyai pengenalan diri berada dalam keadaan serius.
Beliau mendakwa, tidak ada pihak kerajaan untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.
“Pada tahun-yahun 1960-an, kerajaan masuk kampung untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka.
“Kini tidak ada usaha sedemikian rupa,” tambah beliau yang juga seorang blogger.
Androd berkata, rakyat tempatan di kawasan pendalaman sukar pergi ke pejabat jabatan pendaftaran negara kerana masalah perhubungan dan pengangkutan.
Katanya, mereka terpaksa berjalan kaki dengan jarak berpuluh batu, malah ada yang sejauh 50 batu dengan naik dan turun bukit.
Beliau, hanya kenderaan pacuan empat roda yang boleh sampai ke perkampungan mereka.
`Surat sumpah’
“Manakala, pihak sekolah masih menerima anak-anak mereka belajar dengan menggunakan surat sumpah yang dibuat oleh ketua kampung.
“Tetapi jumlah yang tidak mempunyai pengenalan itu semakin ramai. Jika keluarga itu besar, makin ramailah yang tidak ada pengenalan diri,” tambah beliau lagi.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Jaffear Henry dilaporkan berkata, lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan.
Sementara itu, ketua biro orang Asli PKR, Suhaimi Said ketika dihubungi memberitahu, “ramai orang Asli di Pahang yang tidak ada kad pengenalan.”
“Orang Asli yang tua, mereka kata tidak mahu kad pengenalan kerana mereka hanya duduk di kampung penempatan.
“Mereka tidak keluar ke bandar atau pun mengundi. Tetapi orang muda memerlukan kad pengenalan,” tambah aktivis masyarakat itu.
Manakala Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Jaffear Henry berkata, lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment