Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
“Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan…
“Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah,” kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu.
Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah.
Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum.
“Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat,” kata Ravindran seperti dipetik.
Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi.
Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.
Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment