Monday, September 17, 2012

INI KALILAH!! Rakyat Sabah Bangkit, Malu Dianggap Sebagai Fixed Deposit BN

18 tahun BN perintah Sabah, apa rakyat dapat
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soal kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.
"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.

"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'. -HD
LABUAN WAJIB DIBERI ROYALTI MINYAK SABAH
TIDAK dinafikan Wilayah Persekutuan Labuan telah lebih maju jika dibandingkan dengan pulau tersebut ketika masih di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah. Pembangunan yang lebih teratur dan cantik ini sangat mengasyikkan tapi pada masa yang sama semua faktor pembangunan yang pesat dan moden ini secara tidak langsung meninggikan taraf hidup penduduk pulau ini; ditambah lagi hampir semua barang keperluan asas di'import' dari tanah besar Negeri Sabah.

Kerajaan seharusnya mempunyai langkah-langkah yang drastik bagi mengekang kenaikan harga barang dan harga perkhidmatan di Pulau Labuan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kerajaan wajib menghapus atau mengurangkan semua cukai yang boleh membebankan penguna dan perniagaan secara langsung atau tidak langsung. Subsidi harus diberikan kepada faktor yang ketara menyebabkan harga barang meningkat seperti pengangkutan barangan ke Pulau Labuan.

Dengan keluasan pulau yang sekecil ini dengan tenaga kerja yang terhad, kerajaan harus menumpukan perhatian lebih kepada industri berteknologi tinggi, pelancongan dan industri pendidikan kerana ini lebih praktikal dilakukan di Labuan.

Oleh kerana Pulau Labuan terletak di kawasan pengeluaran minyak dan gas, maka rakyat Labuan juga berhak menerima royalti minyak seperti Negeri Sabah. Dengan adanya pendapatan royalti minyak untuk Pulau Labuan; akan boleh disuntikkan ke mana-mana sektor yang boleh memberi impak segera bagi menurunkan harga barang di pulau ini.

Pendapatan dari royalti minyak tersebut juga boleh mengubah hala tuju pulau ini ke arah yang lebih praktikal bagi jangka panjang. Berdasarkan royalti Negeri Sabah sekarang ini, Pulau Labuan seharusnya mendapat dalam angaran RM21 juta setahun berdasarkan peratusan nisbah penduduk antara Labuan dan Sabah.

Dengan pengumuman semalam di Labuan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah berjanji akan membina sebuah jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya nanti; akan memberi harapan baru bagi rakyat pulau ini untuk menyelesaikan masalah harga mahal di pulau ini.

Lagi pun jika pembinaan jambatan tersebut yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, maka kos akan jauh lebih murah berbanding dengan kos yang dicanangkan oleh pemerintah sekarang ini.

Kos yang sederhana ini akan menjadi justifikasi kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek ini dan ditambahkan lagi dengan adanya royalti minyak yang diberi tidak akan membeban rakyat Malaysia dari negeri lain. Sabahkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular