Satu replika botol arak terbesar telah dibina di Pusat Bandar George Town, Pulau Pinang. Adakah ianya relevan buat masa sekarang?
Kami melihat isu ini lebih kepada isu sensitiviti.
Di dalam bulan Ramadhan, replika botol arak tersebut pula dibina bersebelahan dengan replika atau perhiasan yang dibuat untuk sambutan Hari Raya AidilFitri nanti.
Replika tersebut diletakkan dengan 400 botol arak biasa, pastinya menarik perhatian dengan kedudukannya di pusat bandar utama dan di seberang jalan besar. Pendapat kami, pihak bertanggungjawab perlu lebih peka kepada sensitiviti umat Islam pada waktu ini.
Sepatutnya isu-isu sebegini boleh diselesaikan sekiranya ada perbincangan yang telus dibuat.
Apa pandangan anda mengenai replika botol arak terbesar ini? Setujukan sekiranya ia melibatkan sensitiviti umat islam secara keseluruhannya? - Berita Semasa
Tanpa menoleh ke belakang melihat akan sejarah Blogger-blogger Pro UMNO menjadikannya satu isu untuk menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang apabila Bernama menyiarkan satu laporan Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam di Georgetown.
Ada yang menulis.. Regim Pulau Pinang hari ini boleh diistiharkan sebagai syurga arak dan mempunyai botol arak tertinggi di Asia.
Kejayaan ini sudah pasti tidak mampu dibuat oleh BN walaupun ketika dahulu lebih 50 tahun memerintah.
Ada juga yang mengatakan ini perbuatan melampau kerana mempromosikan botol arak gergasi dibulan Ramadhan yang mulia ini. Lantas mempersoalkan di manakah adab dan sensitiviti pihak yang membina replika tersebut?
Apakah mereka terlalu bodoh hingga tidak tahu bahawa bulan ini adalah bulan Ramadhan dan mereka sepatutnya menghormati perasaan umat Islam negeri ini?
Ada juga yang mengucapkan syabas buat Pakatan kerana hanya di Pulau Pinang arak dipromosikan secara besar-besaran sempena Aidilfitri..
Ini apa yang telah dilaporkan oleh Bernama..
GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini.
Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal.
Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai.-Bernama
Bukan aku bersetuju dengan tindakan mempromosikan botol arak gergasi itu cuma bagi aku sebelum kita menulis sesuatu untuk dijadikan isu menyerang pihak lawan, ada baiknya kita lihat pada diri kita sendiri..
Supaya jangan jadi seperti ayam bapak yang kokoknya berdegar-degar tapi ekor bergelumang najis..
Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan ini untuk menyerang pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, mereka seharusnya tahu bahawa manusia yang telah merasmikan kilang arak yang pertama di Malaysia adalah bapak kepada Presiden Parti mereka sendiri.
Perasmian kilang Carlsberg Brewery (M) Berhad telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein Al-Haj iaitu bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang ada sekarang sekitar April 1972.
Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan itu sebagai isu mereka sepatutnya sedar anak Idola mereka sendiri merupakan pemegang saham terbesar syarikat yang membekal dan mengedar arak di Filipina..
Mirzan Mahathir dikatakan menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.
San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia.
Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.
Berbalik kepada botol arak gergasi di atas ianya dikatakan dilakukan oleh pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown .
Pihak pengurusan pusat-beli belah itu telah mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria"..
Pihak pengurusan itu sudah tentu bukan berugama Islam..
Jadi kalau nak dibandingkan dengan pemimpin UMNO berugama Islam yang rasmi kilang arak dan anak pemimpin UMNO yang juga berugama Islam yang memiliki kilang arak tu… korang bandingkanlah sendiri.. siapa lebih teruk…
Mana Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri nih?? Nak tengok saja ka? - ASD