SEKALI lagi NGO's pro Umno buat kerja bodoh apabila mendesak JAIS menghalang sebarang ucapan politik di dalam masjid dan surau di Selangor. Sasaran mereka yang dikatakan sering bercakap soal politik di dalam masjid dan surau itu adalah YB Khalid Samad, YB Dr Siti Mariah dan YB Dr Halimah yang kesemuanya dari PAS. Satu memorandum telah dihantar kepada JAIS untuk menunjukkan kebebalan mereka.
Mereka beranggapan sedemikian kerana sekarang ini bulan Ramadhan dan ada beberapa masjid atau surau yang mengadakan tazkirah di mana di era Umno perintah Selangor Tazkirah ini jika ada pun mungkin hanya berkisar topik haid dan nifas sahaja. Bagi mereka politik dengan agama tiada kena mengena seperti tiada kena mengena Shahrizat dengan suaminya di dalam isu NFC walaupun tidur sekelambu. Begitulah jahilnya puak-puak yang minda mereka masih dijajah oleh penjajah sebelum merdeka. Penjajah mengajar bahawa jangan campor adukkan politik dengan agama, ertikata lain politik suku, agama suku. Maka, parti warisan penjajah ini pun mengamalkan `mazhab' penjajah ini.
NGO seperti GAPS, TIBAI, PERKASA dan JATI secara jelas dan nyata menolak bahawa politik boleh dibicarakan di dalam masjid. Mereka mempersoalkan ketiga-tiga tokoh PAS tersebut tidak bertauliah untuk berucap di dalam masjid. Maksudnya, jika ada tauliah maka itulah dia tazkirah sebenar mengikut Islam. Najib banyak kali berucap di dalam masjid bahkan Rosmah juga. Ertinya, Najib dan Rosmah ada Tauliah dan mereka layak mengajar agama atau berucap dalam masjid.
Kita ingin berpesan kepada puak-puak ini, jika kamu tidak mahu bercakap soal politik Islam di dalam masjid atau sememangnya kamu jahil untuk bercakap soal itu, kamu jangan halang orang lain untuk memperkatakannya. Walaupun politik dan Islam itu tidak boleh dipisahkan, tetapi rata-rata pemimpin PAS yang berucap di dalam masjid tidak berkempen untuk PAS atau PR. Salahkah jika mereka berucap bahawa umat Islam kena tolak pemimpin yang zalim, rasuah dan pemimpin yang bersekongkol dengan pencuri lembu kondo? Itu bukan ucapan politik tetapi dakwah agama dan ianya wajib untuk disampaikan.
Masalahnya, kebanyakan kemungkaran yang disebut oleh penceramah PAS itu banyak dilakukan oleh pemimpin Umno. Justeru itu, mereka terasa dan bimbang sekiranya rakyat tahu betapa rasuahnya mereka. Oleh yang demikian, mereka cari alasan bagaimana untuk menyekat orang ramai dari mengetahui tentang kemungkaran mereka. Maka timbullah hukum baru yang dicipta bahawa politik tiada di dalam Islam.
Mereka lupa, Presiden JATI sebelum diterajang keluar dari PAS adalah orang yang paling aktif bercakap di dalam masjid dan sememangnya beliau mempunyai Tauliah ketika itu walaupun beliau bukan berpendidikan agama yang tinggi kerana bidangnya hanyalah motivasi sahaja. Adakah waktu itu Presiden JATI ini hanya bercakap pasal haid dan nifas atau soal akidah semata-mata?
Nampaknya Umno di Selangor terdesak untuk mencari salah kerajaan negeri di bawah Tan Seri Khalid Ibrahim. Mahu cari kes rasuah tiada. Main isu kepala babi dan kandang babi pun tak jalan. Main isu air pula memakan diri. Akhirnya cuba guna isu masjid. Seperti biasa terpaksa guna Istana untuk menghalalkan tindakan mereka. Istana pun berkata, "Jangan berpolitik di dalam masjid". Itu pun satu hal juga..../wfauzdin.blogspot.com