Friday, August 3, 2012

Hanya Umno boleh guna masjid

KUALA LUMPUR: Ketika Umno terus-terusan membuat kenyataan agar jangan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik, para pemimpin Umno lah yang membuat aktiviti sedemikian. 

Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor (Gambar).

Beliau menyampaikan sumbangan barangan kepada kumpulan sasarannya di masjid berkenaan dengan memasukkannya dalam beg berlambang dacing, logo BN. 
Baru-baru ini, sekumpulan aktivis pro-Umno berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu. Baca SINI
Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali. 


"Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.

Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam. “Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam. “Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah,” katanya. 


Ahli Jawatankuasa Surau dan Masjid, seluruh Wilayah Persekutuan, khususnya di Lembah Pantai pula diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan ruang ibadah itu di bulan Ramadan nanti untuk tujuan politik. 


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, gesaan itu bukan hanya ditujukan buat parti pembangkang tetapi juga parti kerajaan. Menurutnya, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyasarkan surau dan masjid untuk kepentingan politik. “Saya minta jangan guna surau dan masjid buat program tazkirah berbaur politik dan memfitnah sesiapa. “Jangan kerana pilihan raya sudah dekat, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengedarkan risalah, memfitnah, tazkirah memburukkan sesiapa pun,” katanya selepas majlis itu. - HD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular