Terkini!! Kronologi Himpunan Hijau 2.0
Lebih 10 RIBU orang membanjiri Padang MPK4 Kuantan bersempena dengan Himpunan Hijau .
Seorang perempuan 'mati' simbolik akibat radioaktif dalam #himpunanhijau #antilynas. |
Tenang mendengar ucapan dan sorakan semangat yang mendesak supaya Lynas ditutup dan dikuburkan buat selama-lamanya!
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah pun bersedia untuk menyampaikan ucapannya, mengetuai ratusan pimpinan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang baru saja tiba.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengetuai rombongan ahli yang berarak dari hadapan pasaraya Giant menuju ke padang sejauh 1.2 kilometer.
LAPORAN LANGSUNG
1110am: Seorang wakil NGO Anti-Lynas berucap dan berkata rakyat kini sedang menunggu MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mahu bersama-sama dalam perhimpunan itu.
"Dia kata, dia akan bersama dengan kita," katanya.
Menurutnya perhimpunan hari ini membuktikan rakyat Malaysia boleh mengadakan perhimpunan dengan aman tanpa provokasi.
Selain itu beliau menyeru semua pihak bertanggungjawab mendengar rungutan rakyat dan menjawab apa yang diingini.
"Kita mahu kerajaan yang mendengar kata rakyat," katanya sambil melaungkan Hancur Lynas dan Bangkit Rakyat
1057am: Pengerusi BERSIH S Ambiga berucap menyatakan sokongan BERSIH kepada penduduk Kuantan.
"Hari ini, warna kuning berdiri bersama-sama warna hijau," katanya.
Menyentuh isu Lynas, Ambiga berkata keputusan menerima projek nadir bumi itu dibuat oleh orang yang berada jauh darpada Gebeng, tempat ia akan dibina.
Beliau meggesa orang ramai menolak calon pilihan raya yang menyokong projek itu.
10.57am: Di Kuantan, sistem audio bertambah baik di MPK4 membolehkan orang ramai mendengar ucapan yang diberikan. Yang tidak dapat mendengar, mereka terus berpesta, antaranya dengan menyanyi.
10.55am: Di Kuala Lumpur, perhimpunan sama berlangsung di Maju Junction dengan kehadiran kira-kira 500 orang.
Wanita MCA turut tidak ketinggalan berdemo,
membuktikan Liow Tiong Lai sebagai PEMBOHONG!!
10.40am: Aktivis alam sekitar mula merucap kepada peserta, termasuk aktivis anti-insinerator dari Cameron Highlands dan kumpulan penentang pembinaan tiang kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang.
10.40am Anwar Ibrahim tiba bersama-sama, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar di Padang MPK 4 dengan irinagn sorakan bergemuruh dari puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 7 pagi tadi.
10.30am: Semakan pada laman web Lynas Corporation mendapati ia telah digodam.
Penggodam yang menamakan dirinya HackerXL menggantikan laman itu dengan satu lagi laman bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia. Jangan jahanamkan negara saya".
10.20am: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (gambar atas) tiba dan beliau diberi tepukan gemuruh oleh hadirin.
10.17am: Kumpulan alam sekitar lain juga menggunakan Himpunan Hijau 2.0 sebagai gelanggang menyatakan bantahan mereka.
Antaranya aktivis dari Bukit Koman, Raub menceritakan kepada orang ramai berhubung perjuangan mereka terhadap aktiviti perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia beracun cyanide.
Mereka berharap pihak berkuasa akan sedar bahawa nyawa lebih penting daripada keuntungan dan wang, semata-mata.
“Kita tidak janya mahu 1Malaysia, kita juga mahukan 1Malaysia yang sihat,” kata seorang wakilnya sambil diberikan tepukan gemuruh.
10.15am: Beberapa pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat pula dibawa ke pentas. Antara mereka adalah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang dikenali antara pemimpin paling lantang menentang Lynas.
Jumlah hadirin di padang MPK4 semakin ramai dan dianggarkan tidak kurang 10,000 sedang berkumpul.
10:05am Gililiran Sasterawan Negara Datuk Samad Said atau lebih popular dengan panggilan Pak Samad untuk berucap.
Soalnya kepada hadirin "adakah kita mahu meninggalkan (loji) ini kepada anak cucu kita". Peserta perhimpunan terus menjwab "tidak!".
Katanya, beliau sempat menulis empat buah puisi berhubung Himpunan Hijau dalam beberapa bulan ini.
"Saya ajak rakyat lawan, dan menyediakan 'rimba yang subur' untuk anak cucu kita," katanya.
10:02am Hishamuddin kemudian memberitahu orang ramai menurut anggaran pihak penganjur tidak kurang 10,000 sedang membanjiri padang itu.
Memandangkan sistem pembesar suara yang tidak begitu, baik, beliau meminta orang ramai supaya duduk sambil tepuk tangan mengikut rentak gendang yang dipalu.
Beliau kemudiannya mengetuai orang ramai mendedangkan lagu 'Suara Rakyat' sambil diiringi paluan gendang Cina yang didatangkan khas.
Bila kita jadi kerajaan selepas PRU 13, Pakatan Rakyat akan batalkan projek Lynas .. Saya sudahkan mesej bantahan rakyat Malaysia kepada kerajaan Australia
Pemimpin Umno tak respect rakyat, hanya tahu money, money, money
Pakatan akan buat usul gempar mengenai bantahan #antilynas kepada kerajaan Malaysia - DS Anwar Ibrahim.
#HimpunanHijau #antilynas berakhir selepas ucapan DS @anwaribrahim jam 11.34am. Himpunan berlangsung aman berikutan tiada provokasi polis.
Like · · Share · 28 minutes ago
Buletin Pakatan Rakyat
Syed Husin Ali @syedhusinali
11.10 Anwar brucap d Himpunan Hijau Anti Lynas. Lepas itu semua bersurai. Brmula, berjalan n brakhir dgn aman. Gitulah bila polis kerjasama.
Perhimpunan Himpunan Hijau sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta.
Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.
Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.
Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".
Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".
Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.
Anggaran jumlah hadirin oleh polis menerusi Twitter: 4,000 - 5,000 setakat jam 9.45 pagi.
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/video-panas-seorang-perempuan-mati.html
No comments:
Post a Comment