khalwat dr bad - itukah yg tersurat?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan khalwat ke atas beliau. aku tak nak embroil nak kata dia salah ataupun tidak bersalah. tu bukan kerja aku. tu tugas jabatan agama Islam Pahang.
tadi aku berdiskusi dengan isteri aku mengenai hal ni dan beberapa persoalan fakta mengenai pertuduhan khalwat (bukan semata2 melibatkan dr bad, tapi semua sekali) benar2 mengingatkan aku kembali ttg apa yg pernah aku pelajari dulu2.
antara persoalan yg dibangkitkan ialah "berdua2an dalam bilik yg tertutup". isteri aku membangkitkan persoalan "jika dr bad dan wanita itu dikatakan berkhalwat kerana berdua2an dalam bilik yg tertutup, jadi bagaimana perihalnya dengan seorg doktor lelaki bersama seorg patient wanita TANPA KEHADIRAN JURURAWAT atau vice versa dalam blik konsultansi yg tertutup? atau bagaimana pula bell boy yg jd tukang bawa bagasi sorg wanita yg dtg menyewa bilik hotel seorg diri? bll boy tu confirm kena masuk dalam bilik tu utk meletakkan bagasi si penyewa wanita terbabit di tempat yg diarahkan dan kebanyakan pintu hotel pula mempunyai selak yg secara automatik akan menutup pintu kamar hotel tersebut jika tidak ditahan. jadi jika ada org dtg serbu kedua2 kes tersebut, apakah boleh dikira khalwat?
dua arguement ni dibuat mengambilkira penjelasan dr bad mengenai perihal mengapa dia bersama2 wanita tersebut (DAN ANAK WANITA TERSEBUT) di dalam kamar hotel YANG SAMA DISEWA OLEH PIMPINAN PKR PADA MASA YG SAMA, dan diingatkan juga ISTERI DR BAD JUGA DILAPORKAN IKUT DR BAD KE KUANTAN!
aku cuba memahami sedikit logik kisah yg cuba dijelaskan oleh dr bad dan bagi aku, mmg ada logiknya. walaupun kesilapan dr bad ialah dtg menyetelkan hal wanita tersebut seorg diri tanpa kehadiran saksi lain, tapi aku faham situasi dr bad. kekadang kita ni sebagai manusia hanya memikirkan "solusi cepat dan tepat" tanpa memikirkan apa2 consequenses yg bakal timbul lantaran tindakan itu. sebab tu org tua2 selalu kata "buat baik berpada2".
bila menyebut ttg isu "menolong wanita dan anaknya pada jam 3 pagi", berdasarkan cerita dr bad, dapat aku bayangkan yg dr bad sememangnya intim dengan masalah yg melanda pasangan tersebut dan aku juga sedikit sebanyak faham fitrah wanita yg dalam kesulitan - dia hanya akan carik org yg bebetul dia percaya. so dalam kes ni, dr badlah org itu. dan tak de org yg akan lari dari rumah jam 10 pagi beb.
cuba kita bayangkan, wanita tersebut sampai kuantan jam 2.00 pagi. waktu serangan ke atas dr bad oleh sekumpulan lelaki termasuk suami wanita tersebut ialah jam 2.30 pagi. maknanya tempoh masa yg diambil oleh dr bad utk turun dari bilik hotel atau memana lokasi beliau pada masa itu utk berjumpa wanita itu, berbual dengan wanita tu utk bertanya perihal (ye la..takkan sampai2 terus ajak masuk bilik hotel! agak2 laaa..), menempah bilik baru utk wanita tersebut dan anak2nya, membawa bagasi dan menuju ke bilik hotel seterusnya menunjukkan wanita tersebut tempat tinggal sementaranya sehingga masalah beliau itu settle ialah SETENGAH JAM.
cuba kita berfikir dengan akal yg sejahtera - apakah sempat perkara2 maksiat dan khalwat berlaku dalam tempoh SETENGAH JAM?
tapi yg pelik dan ajaib, secara tiba2 sekumpulan lelaki itu somehow oleh mengesan lokasi dr bad dan wanita itu dengan tepat dan jitu walaupun BARU SETENGAH JAM wanita itu tiba di hotel berkenaan! kalau JAIP yg serbu, maka JAIP begitu efisien gila babeng sebab dalam masa kurang setengah jam, depa mampu serbu bilik hotel tersebut dan terus tuduh dr bad sebagai khalwat.
menurut JAIP, depa serbu bilik hotel tu jam 3. ini pun satu kepelikan dan keefisienan yg takjub. kebiasaan kes khalwat hanya mampu ditentukan selepas 4-5 jam. kes2 segera tu lak ialah kes rush bersepadu. kalau kes rush bersepadu, boleh JAIP nyatakan berapakah jumlah pasangan yg ditangkap khalwat serentak dengan dr bad?
bagaimana mereka2 ini boleh tahu yg dr bad akan berkhalwat dengan wanita itu dalam tempoh masa yg amat sekejap? inilah persoalan utama.
bak kata isteri aku, semua ni nampak seperti satu perancangan yg amat jitu utk mengenakan dr bad atau memana pimpinan. sebab terlalu banyak elemen "takjub" berlaku dalam kes khalwat ni. perlu juga aku ingatkan yg dr bad dan rombongan PKR hanya sampai kat kuantan pada petang 24hb. lokasi penginapan mereka juga ditukar di saat akhir - bukan atas permintaan dr bad.
jd bagaimana puak2 yg nak kantoikan dr bad ni TAHU DENGAN DETAIL MENGENAI KEBERADAAN DR BAD?
mcm aku cakap pada awal2 posting ni, aku tak niat nak defend dr bad ataupun nak kata dr bad salah whatsoever. cuma, berdasarkan keraguan2 yg aku jelaskan kat atas ni, jom kita sama2 fikir menggunakan akal yg sejahtera. - Terjah Minda!
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/isu-khalwat-dr-badrul-amin-jaip-begitu.html
No comments:
Post a Comment