Thursday, September 15, 2011

Skt Judi Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri.. Umno pulon sama


Wajarkah syarikat judi berlesen seperti Magnum Corporation menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri? Adakah ini dikira menghina Islam atau menghormati Islam atau tak ada apa-apa? “Bolehkah orang Islam menghadiri majlis jamuan raya yang dianjurkan secara bersama atau ditaja bersama oleh syarikat judi tersebut?,” demikian dipersoalkan oleh sebuah laman blog, http://chegubard.blogspot.com.

Laman blog itu menyoal, “apakah hukumnya jamuan raya anjuran syarikat judi berkenaan dan tetamu khasnya adalah merupakan pembesar negeri yang beragama Islam dan juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri yang membawa gelaran Haji?

(gambar banner di bandar Seremban dipetik dari blog anak muda Kampung)


“Apakah kain rentang untuk mempromosi program ini yang ditaja oleh syarikat judi berkenaan perlu kelulusan atau permit Majlis Perbandaran?,” soalnya lagi. Kata laman blog itu, mungkin ini perkara remeh temeh. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah diperjelaskan oleh pihak yang berwajib, sebelum pihak yang tidak berwajib mengeluarkan pendapat atau fatwa sendiri.

“Kalau boleh mengikut syara’ syarikat judi tersebut berbuat perkara di atas, mungkin selepas ini umat Islam bolehlah hantar surat mohon sumbangan kepada syarikat judi berlesen untuk memberi sumbangan membina surau dan masjid, membantu anak yatim dan sebagainya.

Menurut laman blog itu, di Rembau contohnya lebih dari sekali syarikat judi menganjurkan program penyampaian bantuan untuk fakir miskin sempena perayaan, jelas kehadiran ‘pemuka-pemuka’ Umno dalam program tersebut untuk bersama-sama mengagihkan sumbangan.

gambar antara majlis sumbangan yang taja oleh syarikat judi

“Jelas tiket judi tak ada cukai kepada pelanggan ditetapkan dan resit wayang, restoran dan pelbagai lagi pelanggan kena cukai. “Mungkin satu fakta yang kita tidak perasan dan ketahui. Hampir semua ruang perkhidmatan dan jualan dikenakan cukai pengguna. Kita pergi tonton wayang, kita pergi ke restoran, bil astro, bil telefon post paid semua kena cukai (GST atau VAT).

Jelas tiket judi tak ada cukai kepada pelanggan ditetapkan dan resit wayang,restoran dan pelbagai lagi pelanggan kena cukai

“Ini ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disebut dalam pembentangan bajet. Adakah kerana kaitan rapat syarikat-syarikat judi ini dengan parti pemerintah? “Maka tak hairanlah jika ada yang mengaku parti Melayu perjuang Islam tetapi ketika DAP membantah judi sukan maka mereka bersungguh menyokongnya,” ujar laman blog itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular