Thursday, September 15, 2011

Patutlah tiba-tiba Kabinet dilaporkan setuju guna Dakwat Kekal..


Korang ingat lagi laporan oleh Malaysiakini berkenaan penggunaan dakwat kekal pada 8 September lalu yang membuatkan ramai Penyokong Pakatan Rakyat gembira?

Dalam laporan itu Malaysiakini telah memetik laporan dari Sin Chew Daily, antara laporannya ialah Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang.

laporan akhbar Sin Chew Daily pada 8 Sept itu menyebut, keputusan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada 7 Sept.


Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.

Tak tahu atau pura-pura tidak tahu.. Nazri tidak menafikan pun laporan itu. Bak kata pepatah 'pokok tak akan bergoyang jika tiada angin...' lagipun pemimpin UMNO ni bab menipu bukan perkara luar biasa..

Korang nak tahu pasal apa tiba-tiba boleh timbul laporan Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal itu sedangkan sebelum ini SPR pernah membatalkan penggunaan dakwat kekal suatu masa dulu secara tiba-tiba dan SPR juga yang bermati-matian mahu menggunakan sistem biometrik?

Sebabnya ialah bahan untuk melunturkan dakwat itu sudah ditemui dan ianya mudah didapati dalam pasaran.. bacalah artikel penuh  DI SINI 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular