
"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.
Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu. - Mk
No comments:
Post a Comment