Tuesday, September 3, 2013

Negara pengeksport minyak patut turun harga

Sapa tau apa nama menatang nih....?
Cikgu ajar masa sekolah dulu katanya kapal korek minyak atau Oil Plat Form tapi UMNO ajar ni "kapal korek lokan".


Betul ka macai...? Konpius kami jadinya. Jarang-jarang sekali kalo jumpa mutiara time korek lokan boleh jual kat Kah Mah Hantu Raya yer. - King Jason

SHAH ALAM - Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sebagai sebuah negara pengekspot sepatutnya mampu menurunkan harga minyak.

Namun, beliau mendakwa amalan boros Kerajaan BN telah menyebabkan rakyat terbeban.

"Hentikan pembaziran dan rasuah.

"Malaysia ekspot minyak!," tulisnya laman sosial mikro Twitternya malam tadi.

Beliau berkata sedemikian sebagai respons terhadap pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga minyak RON 95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi.

Menurut Najib, langkah yang diambil adalah sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan.

Berikutan itu, RON 95 kini dijual pada harga RM2.10 seliter manakala diesel RM2 seliter.

Langkah itu katanya, telah diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC)semalam adalah antara inisiatif ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular