Tuesday, September 3, 2013

Kawal kenaikan harga barangan, BN jangan main sedap mulut saja

KENYATAAN MEDIA 3.9.13
Mudah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata inflasi masih terkawal tapi hakikatnya Ringgit sedang jatuh merudum dan ditambah dengan konflik politik Timur Tengah yang tidak stabil, apakah kerajaan BN, terutamanya Najib menjamin inflasi boleh dikekalkan pada paras yang selesa dengan keputusannya menaikkan harga minyak?


Selepas PRU13 hingga kini, keadaan ekonomi negara tidak banyak berubah dan langkah meningkat Ringgit masih belum kelihatan. Oleh itu, kenaikan harga minyak ini sememangnya tindakan memukul diri sendiri kerana ia bakal melonjakkan inflasi tatkala Ringgit semakin mengecil.

Najib harus mengingati peristiwa kenaikan minyak ke RM2.70 di zaman Tun Abdullah Badawi yang menyebabkan kos barangan dan sara hidup melonjak secara mendadak, dan sehingga kini ia kekal di paras itu, walaupun harga minyak diturunkan ke paras RM1.90.

Meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia bukan penyelesaian kepada kenaikan harga barangan.

Jika BR1M diberi pada kadar maksima RM1,200 untuk setahun, sebulan baru RM100. Rakyat tahu betapa kecilnya RM100 hari ini lebih-lebih lagi apabila segenap harga barangan dinaikkan dengan alasan nilai import meningkat kerana Ringgit mengecil dan kenaikan harga minyak.

PAS menyeru kerajaan BN untuk menggunakan kuasa yang ada bagi mengawal kenaikan harga barangan khususnya selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Rakyat sanggup bersusah-payah bersama kerajaan kalau kerajaan menunjukkan pembetulan pada sikap borosnya yang keterlaluan.

Malangnya ini bukan kesnya. Kenaikan harga minyak ini mesejnya mudah ialah rakyat mesti ubah gaya hidup, kerajaan boleh terus berboros. Ini bukan silap ibu mengandung, tapi silap memangkah undi.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
3 September 2013

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular