Saturday, December 31, 2011

Mana kes seleweng RM250 juta? Kenapa tangkap ikan bilis? Kenapa jerung terlepas?

‘DATUK’ PULA DIDAKWA TIPU NFC

Pada 26 Disember lalu, The Malaysian Insider melaporkan menurut pihak polis, seorang 'Datuk' dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC)ditahan atas dakwaan cubaan merasuah [BERITA PENUH] pegawai polis berkaitan kes Skandal NFC dengan wang berjumlah RM1.7 juta.


Menakjubkan hari ini, apabila lelaki tersebut didakwa di mahkamah hari ini denagn tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation. Really?

Adakah siasatan ini menunjukan bahawa NFC sebenarnya adalah Mangsa bukan pemangsa? Bukan NFC yang menyalah gunakan Wang tetapi lelaki ini dan NFC sama seperti rakyat Malaysia yang lain dibodohkan oleh lelaki ini?

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Seorang ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin merekodkan pengakuan itu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Beliau didakwa menipu Mohamad Salleh supaya menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta di Solaris Mont Kiara pada 25 November hingga 6 Disember 2011.

Beliau juga didakwa atas tuduhan menjanjikan Mohamad Salleh untuk memberikan “khidmat perundingan” yang diketahuinya tidak boleh ditunaikan, untuk satu jumlah bayaran. Beliau didakwa melakukan perbuatan di satu restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember. Mohamad Salleh telah menafikan kaitan keluarga antara "Datuk" berkenaan dengan dirinya dan juga isterinya, menteri pembangunan wanita dan keluarda Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Skandal LEMBU: Isu seorang Datuk ditangkap kerana menipu pengarah NFL, itu hal syarikat itu dan tak ada kena mengena dengan rakyat. Yang rakyat mahu tindakan terhadap Sharizat dan keluarga yang menyeleweng duit rakyat!
Didakwa kerana tipu NFL RM1.7 juta. Mana kes seleweng RM250 juta? Kenapa tangkap ikan bilis? Kenapa jerung terlepas? Apa kata anda...?

Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu pengerusi NFC
Datuk Shamsubahrin Ismail keluar dari mahkamah sambil melambaikan tangan kepada media. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.
Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.

Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.

Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.

SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.

PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Parti pembangkang juga turut membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu termasuk pembelian dua unit kondominium oleh NFC di Bangsar dan mendakwa syarikat itu menggunakan dana projek untuk perbelanjaan peribadi dan ke luar negara.

Ia juga mendakwa berlaku perpindahan wang ke syarikat yang tidak berkaitan dengan NFCorp di Singapura serta pembelian Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dia lot tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363,507.

Pendedahan terbaru dibuat PKR Selasa lalu, menuduh sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk pembelian seunit kondominium di Singapura untuk keluarga Shahrizat.

Shahrizat cuba mengelak daripada dituduh terlibar dengan mengatakan hanya beliau “satu-satunya isteri” pengerusi NFC dan tiada apa-apa kaitan dengan NFC.

Beliau turut berdepan dengan gesaan agar meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk dari pemimpin Umno serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. MI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular