Thursday, December 29, 2011

Antara dua darjat 1 Malaysia + Video

khir toyo 4 Khir Toyo VS Baharuddin Ahmad. Kenapa Hukuman Jenayah Jadi Berbeza beza Di Malaysia?
Semua orang dah tahu yang bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo telah dihukum atas kesalahan jenayahnya sepanjang menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi bukan itu persoalan yang cuba dibangkitkan di sini. Tetapi…

Tetapi timbul persoalannya sekarang dalam kami menyemak hukuman yang dijatuhkan kepada Khir Toyo, kami menyemak juga hukuman yang dijatuhkan kepada Baharuddin Ahmad pada 7 tahun lalu yang merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Masing-masing telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan rasuah tidak kira baik Khir Toyo ataupun Baharudin Ahmad.
khir toyo Khir Toyo VS Baharuddin Ahmad. Kenapa Hukuman Jenayah Jadi Berbeza beza Di Malaysia?
Okey kita semak Khir Toyo dahulu, apa kesalahan yang Khir Toyo dah buat sebenarnya menurut kenyataan mahkamah?

1. Mahkamah Tinggi Shah Alam jatuhkan hukuman pada hari Jumaat, 23 Disember 2011
2. Hukuman dibuat mengikut Seksyen 11(A) Akta Pencegahan Rasuah dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan
3. Tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di No 8 &10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni pada empat tahun lepas. (29 Mei 2007)
4. Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta
5. Dijatuhi hukuman penjara 12 bulan (1 tahun) & hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Manakala Baharuddin Ahmad pula? Hukuman ini dah dijatuh sejak tahun 2006 lagi. Dah lama tetapi kami mahu buat perbandingan :

1. Mahkamah Tinggi Kangar jatuhkan hukuman pada hari Isnin , 9 Februari 2004
2. Hukuman dibuat mengikut Seksyen 11(A) Akta Pencegahan Rasuah dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan
3. empat pertuduhan rasuah membabitkan nilai kewangan RM385,000 dan set golf bernilai RM2,500 pada tahun1999
4. Dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda hampir RM1.925 juta

Angka yang menarik untuk dibuat perbandingan ialah :

Rasuah jutaan ringgit : hanya penjara 1 tahun (12 bulan)
Rasuah ratusan ribu ringgit : 4 tahun penjara

Manakala 2 kes curi seperti di paparan imej di bawah :
Curi RM20 beli susu : 36 bulan (3 tahun) penjara
Curi syampu RM107.40 : 2 tahun penjara

khir toyo 3 Khir Toyo VS Baharuddin Ahmad. Kenapa Hukuman Jenayah Jadi Berbeza beza Di Malaysia?
Sumber : Harian Metro 

khir toyo 2 Khir Toyo VS Baharuddin Ahmad. Kenapa Hukuman Jenayah Jadi Berbeza beza Di Malaysia?
Sumber : Sinar Harian 


Antara kami tiada yang belajar undang-undang & tercapai dek akal kami untuk menafsirkannya. Kami tidak pasti atas kapasiti apa hukuman terus jadi berbeza-beza & canggung seperti ini. Jika ada di antara anda yang mempunyai ilmu undang-undang, harap dapat berkongsi pendapat anda di sini….mengapa jadi begini? Ayuh!!!!...humbankan umno bn pada PRU 13.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular