Friday, December 30, 2011

Jelitawan Malaysia adalah Pemilik Restoran Mewah di Singapura? +Video

Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh
Pemilik restoran MeatWorks (Real Food Company Sdn. Bhd)
Menurut Blogger MiloSuam, rujuk disini, Terbukti sudah pemilik restoran MeatWoks adalah anak perempuan Ketua Wanita Umno yang juga seorang menteri Kabinet Kerajaan Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil,

Apa yang menghairankan adalah apabila Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil telah menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam skandal NFC tersebut sedangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC dan ibu kepada pemilik restoran MeatWorks di Singapura.
 
Menurut Ketua Jingga13, En. Fariz Musa dan Setiausahanya En. Saifuddin Shafi Muhammad, dalam bulan Oktober hingga November 2010, NFC telah memindahkan sejumlah S530,000(RM 1.3 Juta) dan sehingga tahun 2011 dianggarkan RM10 Juta ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd.

Yang menjadi persoalannya sekarang apakah tujuan pemindahan wang tersebut? Nak dikatakan mereka (NFC) telah mengeksport daging lembu tersebut, mereka sepatutnya telah mendapat balik modal atau keuntungan ke dalam akaun mereka di Kuala Lumpur tetapi keadaan telah berlaku sebaliknya dimana perniagaan MeatWorks di Singapura dikatakan hampir bangkrup, boleh bertahan sehingga ke hari ini jika tidak kerana bantuan dari NFC di Malaysia.
Warta Jingga : Apa lagi agaknya jawapan Datuk Seri Shahrizat Jalil mengenai pindahan wang keluar ke Singapura ini? Adakah Datuk Seri masih hendak menafikannya? Sama-sama kita tunggu!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular