Monday, December 12, 2011

Majlis baca Yassin, sambutan perayaan pun kena mohon PERMIT ke ???


Gempar : Baca Yasin Kena Mohon Permit?

Apa nak jadi dengan 'negara Islam' Malaysia ini. Muslimat hendak mengadakan program bacaan yasin di kampung pun kena mohon permit. Nampak jelas kezaliman semakin ketara di saat kumpulan tertentu semakin terhakis pengaruhnya.

Apakah negara ini akan menjadi lebih dahsyat dari Mesir, Libya dan Tunisia serta Iraq satu hari nanti yang menzalimi ulama dan pejuang-pejuang Islam.

Mengapa benci benar mereka kepada program-program Islam.....????

Harakahdaily melaporkan bahawa kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar, Pasir Mas hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran.

Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan.

Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar.

“Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan.

“Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama,” katanya di sini.

Menurutnya orang yang datang membawa surat itu meminta supaya memohon permit di Balai Polis seminggu sebelum program bacaan Yaasin diadakan.

“Apakah selepas ini orang ramai yang datang majlis tahlil atau membaca al Quran kepada orang yang sedang nazak pun kena mohon permit terlebih dahulu,” katanya kesal.

Mereka meluahkan rasa hairan program keagamaan pun cuba disekat sedangkan ia menjadi amalan bagi setiap orang Islam.

Sementara itu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tidak sepatutnya program keagamaan diganggu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam.

Menurutnya beliau curiga terhadap kehadiran orang terbabit di majlis bacaan Yassin muslimat kerana program keagaamaan tidak memerlukan permit polis.

”Pasukan peguam PAS akan menyiasat kes tersebut sama ada ia membabitkan pihak tertentu atau berlaku kes penyamaran bagi mengugut program anjuran muslimat,” ujarnya. mindarakyat.com

IGP: 'Christmas Carol' perlu dapatkan permit polis


Dis 11, 2011 Polis menyarankan penganjur perarakan "Christmas Carol" memohon permit di ibu pejabat polis daerah (IPD) di kawasan masing-masing sempena perayaan Hari Krismas pada 25 Disember ini.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata permohonan permit untuk mengadakan upacara keagamaan sememangnya tidak diwajibkan sebelum ini, namun atas dasar keselamatan orang awam, penganjur digalakkan memohon permit itu.

"Kami sangat fleksibel tetapi adalah bagus jika mereka memaklumkan kepada kami. Dengan pemberitahuan, kami dapat mengawal perarakan tersebut untuk menjamin keselamatan orang awam dan mengawal lalu lintas," katanya selepas menutup Kejohanan Sukan Empat Penjuru (SUKEP) di Kuala Lumpur hari ini. - Bernama

Hisham: Carollers don’t need permits but welcomed to inform cops

Hisham: Carollers don’t need permits but welcomed to inform copsKUALA LUMPUR- There is no need for Christmas carollers to apply for police permits but they can voluntarily notify the nearest police station of their activities, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said.

He said Bukit Aman had confirmed that there was no need to get a police permit for Christmas carolling.

“(Christmas carollers) can notify the nearest police station if they are concerned,” he stated in a tweet on Sunday.

Hishammuddin said he had asked Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar to clarify the matter to avoid any confusion among the people.

It was reported that the Johor police wanted those planning to organise Christmas carolling to apply for permits two weeks before their programme.

Two Catholic churches in Selangor were also reportedly asked to give to the police the contact details of the homeowners they planned to visit.

However, deputy minister Datuk Lee Chee Leong dismissed that there was such a need, saying that more freedom was given to the people in the spirit of the recently passed Peaceful Assembly Bill 2011. -TheStar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular