Sunday, December 11, 2011

UMNO MENILAI ISLAM DENGAN MELIHAT JUMLAH BERAPA BANYAK MASJID?

johari baharum
MAKA, Umno pun terkejut apabila dikatakan Kerajaan PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sahaja di Bumi Serambi Mekah tersebut sepanjang lebih 20 tahun PAS berkuasa. Mengapa Umno terkejut? Ini adalah kerana di dalam kepala otak pemimpin Umno adalah Islam itu masjid, banyak masjid maka hebatlah Islam itu.

Memetik kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom di dalam Malaysiakini, beliau tidak terkejut dengan pengakuan pemimpin Pas Kelantan bahawa kerajaan negeri itu hanya membina sebuah masjid sejak 20 tahun memerintah Kelantan.

Beliau berkata elaun pegawai masjid pula yang diberi kerajaan PAS di beberapa negeri yang ditadbirnya bukan sahaja tidak cukup untuk membeli minyak motosikal malah ia menggambarkan peranan golongan mengembangkan syiar Islam itu amat rendah.

Itulah yang ada pada kepala otak pemimpin Umno. Mereka fikir dengan hanya duit sahaja boleh meningkat syiar Islam, dengan hanya mendirikan masjid yang baru sahaja akan boleh meningkatkan syiar Islam. Sebab itulah Umno selalu main modal duit sahaja untuk menarik sokongan rakyat kepada parti sekular berkenaan. Umno juga mahu tonjolkan bahawa parti itu kuat Islamnya dengan mendirikan banyak masjid yang indah-indah yang kontrak membina masjid berkenaan dapat kepada puak mereka. Itulah perangai Umno.

Ingin kita beritahu puak yang sokong `lembu dalam kondo' ini, bahawasanya tujuan PAS untuk memerintah bukan untuk membuat masjid. PAS wujud bukan untuk memperbanyakkan masjid. PAS wujud kerana ingin menegakkan Islam yang dasarnya Al-Quran dan Hadith. Di dalam Al-Quran, diperintah mendirikan Solat, bukannya mendirikan masjid. Namun, apabila Solat itu didirikan, secara automatik masjid diwujudkan. Jika masjid sememangnya sudah wujud, perlu apa dibuat masjid merata-rata?

Adakah kerana ingin tunjuk hebat, maka PAS terpaksa robohkan masjid yang ada dan bina yang baru? Itu bukan cara PAS, itu cara Umno. PAS akan mengekalkan masjid yang ada dengan menambahbaikkan jika perlu serta paling penting masjid itu di amarahkan, bukan dijadikan sebagai pamiran seperti di Putrajaya mahu pun seperti masjid kristal di Terengganu./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular