Tuesday, September 20, 2011

Hantu Bonceng, Filem yg Menghina Nabi Muhammad SAW?

Finas benar filem Hantu Bonceng hina kalimah


KUALA LUMPUR, 19 Sept – Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya sangat kesal dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan – terbaru Hantu Bonceng, yang disiarkan sejak awal Aidilfitri.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem itu yang mengandungi unsur menghina Islam, arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan Mohd Razizan Abd Razak atau dikenali “Zizan RL”.

Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadar Syaitan’ yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan.


Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru kata beliau, penggunaan kalimah itu membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

“Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan akidah masyarakat awam,” katanya lagi.


Filem Hantu Bonceng dilaporkan kini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah daripada segi kutipan apabila mencatat kutipan tiket RM8.35 juta setelah ditayangkan secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu.

Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan turut dibintangi Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid Baharudin.

Oleh itu tegas Nasrudin, Dewan Pemuda PAS turut mempersoalkan jika benar wujud panel penapisan dalam LPF ataupun FInas sendiri mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum, mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi.



“Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis teh atau penapis cendol yang berlubang besar sehingga masih banyak adegan yang ‘menyenakkan mata’ dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan,” kata beliau lagi.

Nasrudin juga berkata, lebih malang pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam.

Nasrudin menambah, lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen sama ada melalui saluran kerajaan ataupun swasta, terus bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama.

“Apa sudah jadi? Apakah pihak berkuasa agama tidak menyedari perkara ini?

“Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?” katanya.

Beliau menambah, kerajaan juga selayaknya serius melihat perkara ini dan jangan membiarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam dalam negara ini.

Katanya, Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis panduan yang berlandaskan syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan Finas, filem-filem yang lebih “luar biasa” akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak-pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku.

Justeru kata beliau, Dewan Pemuda PAS mahu Finas dan LPF untuk mewujudkan panel syariah yang berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam.

Selain itu, kata beliau, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama seperti Jakim terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem.

“Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri,” katanya lagi. -TMI

Ulasan GB


Penghinaan terhadap Islam yang terang-terangan berlaku, tetapi pihak yang bertanggungjawab berpeluk tubuh dan mendiamkan diri!

Kemudian pelakonnya diberitakan telah menyatakan bahawa


Jawapan yang sebegitu mudah diberikan. Kita ingin menegaskan, sekalipunbeliau tidak "berniat" menghina Islam tetapi "perkataan dan tindakan" di dalam filem itu telah pun menghina Islam. Persis seseorang yang melanggar orang lain di dalam satu accident memberi jawapan: Saya tak berniat untuk langgar. Bolehkah jawapan itu mampu melepaskannya dari kesalahan?

Dan sanggup mereka yang berkewajipan menyemak dan melulusterbitkan filem berkenaan menanggung dosa sekalian mereka yang terlibat, samada menerbitkan, berlakon dan yang menonton filem berkenaan?

Anehnya penghasilan filem-filem bercorak tahyul, syirik, khurafat dan yang boleh merosakkan aqidah terus diberi ruang yang begitu bebas dan luas di dalam dunia penyiaran dan perfileman di negara ini.

Semakin hari semakin keterlaluan. Genap setahun yang lalu, GB pernah mengulas di SINI. Petikan:
Penyemarakan unsur syirik, khurafat dan tahyul di dalam filem-filem Melayu mutakhir ini sperti cendawan tumbuh yang tidak terkawal.

Kita menjadi hairan dengan sikap berdiam diri para mufti, JAKIM dan lain-lain yang berautoriti di dalam hal-hal keagamaan di dalam negara kita. Lebih malang lagi apabila Lembaga Penapis Filem seperti menggalakkan kehadiran filem-filem tempatan yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Kita boleh saja terima jika filem itu dari dalam atau luar negara yang dilakonkan oleh mereka yang bukan beragama Islam, namun apa yang mendukacitakan ialah filem-filem berkenaan dihasilkan dan dilakonkan oleh mereka yang beragama Islam.

Apa sebenarnya juga agenda Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan penerbitan dan penayangan filem berunsur syirik itu?
PS.. Bila Filem Nasi Lemak 2.0 yang diarahkan oleh Namewee ditayangkan, ramai yang membantah terutamanya NGO-NGO Melayu tertentu. Dosa-dosa lama Namewee yang pernah menghina lagu Negaraku di ungkit dan ditonjolkan kembali.

Tapi bila Ahmad Idham menghina Rasulullah s.a.w sekali gus menghina agama menerusi Filem Hantu Bonceng, senyap, sunyi dan sepi pula NGO Melayu tersebut. Mungkin bagi mereka negaraku itu lebih bermakna daripada agama. Kalau macam tu, layak sahaja dipanggil GRO dan bukannya NGO.
Popout
Beriktut adalah email di antara seseorang dan Ahmad Idham, Pengarah Filem Hantu Bonceng berkenaan isu Azan, kalimah syahadah yang dijadikan babak lawak jenaka di dalam filem terbaru beliau.
Marikh Azahari:
Assalamualaikum Saudara,
Maaf m’ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.
Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.
Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.
Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.
Wasalam
————--
Ahmad Idham Ahmad Nadzri:
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik.. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…
————--
Marikh Azahari:
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.
Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.
Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam…
wasalam
Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam.
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah, “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian berolok-olok?” “Tidak usah kalian minta maaf, karena kalian telah kafir sesudah beriman”. (At Taubah : 65-66).
Rasulullah bersabda:
“celakalah orang yang berkata kata (sama ada benar atau bohong) untuk membuat orang lain ketawa…maka celakalah dia,celakalah dia,celakalah dia” Hadith Riwayat Abu Daud.
III

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular