Tuesday, September 20, 2011

pendedahan `paling bodoh' dr Papa Gomo

TIDAK GUNA LAPOR POLIS, AKHIRNYA " RAKAMAN CCTV ITU TULEN"

AWAL dulu saya memang sokong sangat jika AMK atau PKR sendiri, bahkan DS Anwar sendiri membuat laporan Polis terhadap sebarang fitnah moral terhadapnya. Tetapi, setelah beberapa kes yang berlaku saya mula tidak percaya lagi kepada laporan Polis. Cuba teka, berapa banyak yang telah Polis siapkan fail aduan untuk peminum arak tegar `Papagomo' ini? Apa kesudahannya?

Hari ini, berikutan satu lagi pendedahan `paling bodoh' yang pernah dilihat iaitu pendedahan rakaman CCTV yang kononnya melibatkan DS Anwar dan Eskay, Pemuda PKR (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog `penagih arak' tegar itu. Laporan itu dibuat timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di balai polis Jalan Dang Wangi di ibu negara hari ini. Penagih arak tegar berperut buncit itu telah menyiarkan di dalam blognya rakaman CCTV yang memperlihatkan Eskay di pintu lift berbaju T-Shirt tanpa kolar berbaju biru gelap, tetapi digabungkan dengan rakaman di dalam bilik pula tetapi Eskay `bertukar baju' kepada kemeja berkolar warna putih cerah dan bertali pinggang. Orang bodoh tetap akan bodoh walaupun diberi gaji beribu-ribu untuk buat kerja fitnah.

Oleh yang demikian, usaha AMK atau sesiapa sahaja untuk membuat laporan Polis adalah satu usaha yang akan menaikkan `gaji dan elaun' si perut buncit Papagomo. Ada sesiapa kisah? Mana laporan yang terdahulu mereka campakkan? Jadi, perlu apa kita buang masa untuk melayani kerja bodoh pengampu Umno ini?

Biarlah mereka menyalak siang malam mencabar kita atau DS Anwar membuat laporan Polis atau saman mereka, jangan dilayan kerja-kerja Syaitan yang telah diatur oleh sekutu mereka Apco itu. Fokus kita adalah menyusun strategi sebaik mungkin untuk menawan Putrajaya. Cukup sekadar kita jawab hujah dan fakta bodoh mereka melalui media yang kita ada, tidak perlu kita menyusahkan pihak Polis yang akhirnya nanti akan buat pengumuman bahawasanya `rakaman CCTV itu adalah tulen"./wfauzdin.blogspot.com 
Lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet

Datuk T CCTV footageSaga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011.


Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya,

rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut.


Eskay sex video, third man in the sceneBagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan

dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan).

Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.

Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu.-MK 

Mana satu betoi pasai Video Sex nie..hari tu pakai baju putih hari nie pakai baju kotak.. UMCO KENCINNN



Hari itu PapaGomo berjanji hendak bawa bukti Johari Abdul minta RM1juta. Tapi, sampai hari ni takda satu video pun. Kemudian, dia tertangkap palsukan dokumen rasmi MBPJ. Tapi tertangkap sbb dia tak sedar gereja DUMC tu terletak di Seksyen 13 PJ dan bukannya di Petaling Jaya.


Sekarang ni, dia cuba palsukan rakaman video blue tajaan Rahim Thamby Chik pula. Dia dakwa rakaman CCTV membuktikan Anwar adalah pelakyu dlm video seks Rahim Thamby Chik.


Kononnya rakaman CCTV itu mempunyai "time stamp" yang konsisten.


Namun, yang hairannya kenapa baju Anwar boleh bertukar warna dgn sekelip mata mcm tu? Sila rujuk gambar dibawah:

Yang hairannya, dia kerap berkata Anwar kuat berbohong. Namun, yang banyak kali kena tangkap berbohong adalah Papagomo sendiri.

Sampai hari ni dia tidak berani memberi nombor IC beliau kepada Khalid Samad untuk disaman di mahkamah. Itulah bukti jelas betapa pembohongnya Papagomo ini.

Yg jelasnya, manusia di dalam video blue Rahim Thamby Chik itu bukan Anwar tetapi pelakon. Ini kerana bidang tubuh pelakon tersebut tidak sama dengan Anwar. Keluarga Anwar sendiri mengesahkan perkara tersebut.

Banyak lagi video2 blue Rahim Thamby Chik ini akan dikeluarkan oleh blogger pembohong Papagomo ini. Jangan takut. 

Anwar Ibrahim sengaja rakam adengan seksnya?




RAMAI yang menghantar pesanan melalui email dan facebook, meminta ReJaM© buat ulasan tentang CCTV terbaru yang disiarkan oleh Papa Gomo.

ReJaM© lihat ramai sahabat blogger dah buat ulasan masing-masing, tentang video CCTV yang didakwa dirakam di sebuah apartment di Ampang.

Muak dah sebenarnya nak ulas cerita lucah ni, balik-balik cerita lucah, yang rugi rakyat, sebab bila meletop cerita lucah, cerita komunis dan macam-macam cerita bodoh United Malays No Otak, itu tandanya barang nak naik harga.

Akibatnya, rakyat terpekik terlolong fokus pada isu-isu bodoh, sampai tak sedar poket rabak kena rompak oleh pemerintah. Mark my words! Lepas keluar cerita lucah ni, kita lihat barang apa pulak yang akan naik harga?

ReJaM© tak nak ulas panjang-panjang. Di bawah ini screenshot dari video CCTV yang dikeluarkan oleh Papa Gomo, kononnya scene ini dirakam ketika Anwar dan Eskay menaikki lift apartment sebelum kejadian seks berlaku.




Jelas sekali di dalam rakaman ini menunjukkan Eskay membawa handycam (perakam video). Kehadiran perakam ini turut disedari oleh lelaki mirip Anwar Ibrahim.

Apa kejadah nak main pelacur bawak perakam video? Dari sini menunjukkan bahawa kedua-dua individu di dalam video ini sudah merancang dari awal untuk merakamkan adengan seks.


ReJaM© "Warm up dulu sebelum pendedahan besar dibuat..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular