Saturday, March 26, 2011

[Video-18PL] Skandal Polis Brazil Tembak Budak 14 Tahun

Memang sadis dan mengerikan!


Saya tengok klip video ini semasa menonton berita di TV semalam.

Menurut laporan CBS, tujuh pegawai polis Brazil yang terlibat dalam kejadian tembak seorang budak berusia 14 tahun ditahan sementara menunggu perbicaraan.

Berdasarkan sebuah video keselamatan yang dikeluarkan minggu lalu, empat daripada mereka dilihat menembak budak itu sebanyak lima das di sebuah kawasan perkampungan miskin di Amazon City of Manaus. Tiga lagi pegawai polis turut ditahan untuk membantu siasatan.

Kesemua polis itu mendakwa bahawa mereka terpaksa melepaskan tembakan untuk tujuan mempertahankan diri. Mereka berbuat demikain selepas menjumpai sepucuk pistol berhampiran dengan budak itu.

Kalau anda lihat video di bawah ini, jelas kelihatan betapa kejamnya polis dalam menangani kegiatan gengster dan jenayah di sana. Budak itu jelas tidak memegang senjata, namun dia telah ditembak sebanyak lima kali di bahagian dada.

Bahagian yang paling menarik, budak itu dikhabarkan telah pulih selepas menjalani rawatan.

P/s: Jika budak itu melakukan jenayah, tangkap dan bicarakanlah. Jelas polis berniat mahu membunuh budak itu!

Video:
Popout
Jangan tonton kalau lemah semangat!
duniacacamarba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular