Thursday, March 24, 2011

Bolehkah mendoakan orang Islam yang telah mati di kuburnya (di kuburan)?


Berperantaraan dengan cara berdoa (menyeru atau meminta) kepada si Mati hukumnya haram malah membawa kepada kesyirikan. 

Tetapi mendoakan orang-orang Islam (orang Islam sahaja) yang telah mati diperkuburan dibolehkan berdasarkan dalil-dalil syara.
 

Dibolehkan juga mengangkat kedua tangan diwaktu berdoa sebagaimana terdapat dalam hadis riwayat Muslim, tetapi bukanlah dengan mereka-reka (mencipta) cara-cara yang tidak pernah dicontohkan atau yang bertentangan dengan syara. 

Adapun dalil-dalil suruhan agar mendoakan orang yang telah mati ialah:
وَالَّذِيْنَ جَاءُ وْا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلاِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالاِيْمَانِ.
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami”. AL-HASYR, 59:10
رَبَّنَا اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابِ.

 “Ya Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat).” IBRAHIM, 14:41.

“Dan minta ampunlah bagi dosa-dosa dan bagi orang-orang yang beriman”. MUHAMMAD, 47:19

“Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha: Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah keluar ke (kuburan) Baqi’ mendoakan mereka. Maka ‘Aisyah bertanya tentang itu? Baginda menjawab: Sesungguhnya aku diperintahkan agar mendoakan mereka”. Hadis sahih riwayat Ahmad, 6/252.

“Dari ‘Aisyah: Setelah baginda sampai di Baqi’ lalu baginda berdiri dan lama berdirinya, kemudian baginda mengangkat kedua tangannya (berulang sampai) tiga kali. (Selesai berdoa) baginda pulang, baginda bersabda: Maka sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku, lalu dia berkata: Sesungguhnya Rabbmu telah memerintahkan engkau pergi ke penghuni (kuburan) Baqi’ agar engkau memohonkan keampunan untuk mereka”. Hadis sahih riwayat Muslim, 3/64-65.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular