Thursday, May 2, 2013

Unsur-unsur provokasi dan samseng dikesan dalam kempen pilihanraya di Putrajaya

BN sabotaj kempen Dato' Husam Musa di Putrajaya
Unsur-unsur provokasi yang dikesan dalam kempen pilihanraya di Putrajaya..tolak samseng, tolak provokasi!
Saya berasa amat kesal dengan taktik kotor BN yang semakin menjadi-jadi di Putrajaya. Jadilah orang yang matang kerana negara kita mengamalkan demokrasi..

Saya datang berkempen di sini, membawa politik yang matang, saya kemukakan wawawan dan idea saya, jika BN tidak setuju, sila lah lawan dengan hujah..Inilah jadinya apabila hujah dilawan dengan unsur-unsur negatif dan kekerasan..

Sejak dari mula kempen, mereka sudah mencabut banner dan bendera PAS..

Di pintu masuk Putrajaya, apabila petugas kami memasang bendera berbentuk Wau Bulan, mereka mensabotaj dengan menutup wau tersebut dengan lambang dacing..

Petugas BN didapati menyebarkan ke rumah-rumah penjawat awam, hampir setiap hari pelbagai risalah yang memfitnah saya, pemimpin Pakatan Rakyat dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Tidak cukupkah dengan fitnah dan momokan yang dipapar Utusan, Berita Harian, NST, The Star, TV1, TV2 dan TV3?

Banyak kes di mana petugas kita dihalang oleh petugas BN untuk mengedarkan risalah dan bahan kempen. Hal ini sudah dirujuk kepada polis..

Saya ingin mengingatkan lawan saya, bahawa saya tidak pernah bercakap menyentuh peribadi beliau, saya sekadar menyentuh soal kemampuan dalam kepimpinan dan kemampuan mengutarakan idea serta tugas-tugas untuk membantu rakyat..

Sehubungan itu saya berharap, calon BN supaya menjawab surat saya dan berani berdiskusi dengan saya malam ini. Kita lawan politik dengan cara berhujah, bukan main politik kotor dan lucah, malulah sedikit dengan penjawat awam dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang cerdik pandai di Putrajaya ini..

#TumbangBN #

Sumber

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular