'Disertakan nombor penerbangan cater yang akan dibuat oleh pihak MAS pada 2,3 dan 4 Mei 2013.
MH8601 BKI KUL 0905 1135 B747
MH8609 BKI KUL 0920 1150 A330
MH8603 BKI KUL 1745 2015 B747
Semua nombor penerbangan di atas adalah pada 2 Mei 2013 harap dapat menjalankan siasatan mengenai perkara ini namun saya tidak pasti apa tujuan cater ini dibuat dengan kapasiti yang agak besar jumlahnya harap dapat menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara ini.' - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Jangan benarkan yang bukan warganegara ini mengundi bagi pihak kita
TURUNLAH MENGUNDI RAKYAT MALAYSIA!!!!!!!!
KENYATAAN ANWAR IBRAHIM: 16 penerbangan, (4,500 orang pengundi hantu) diangkut dari Sabah dan Sarawak setiap hari
Sejak 25 April hingga kini, dianggarkan 16 penerbangan (4,500 orang) dari Sabah dan Sarawak telah dibawa ke Semenanjung dengan kapal terbang melalui KLIA. Begitu juga melalui Bayan Lepas dan Senai. Ada maklumat menyatakan helikopter angkatan tentera (C130 Hercules) diguna untuk menerbangkan pengundi hantu melalui lapangan terbang kecil seperti Batu Berendam dan Ipoh.
Laporan juga mendedahkan kemasukan mendadak pekerja2 Thailand, Cambodia, Pakistan dan Myanmar melalui Bukti Kayu Hitam, begitu juga pekerja Indonesia melalui Port Klang.
Pagi ini, laman2 internet mendedahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyewa 9 buah kapal terbang Air Asia dengan 1620 penumpang setiap satu dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru.
Berita Penuh :
Ketua umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.
Anwar mendakwa KEADILAN memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.
Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi KEADILAN menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.
Anwar juga berkata parti tersebut memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan PMO dengan penerbangan sewa khas tersebut.
Turut hadir dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor adalah naib presiden PAS, Husam Musa, Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman dan bekas speaker DUN negeri, Teng Chang Khim.
Menurut saksi yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), rombongan pengundi hantu dikesan berada di Lorong L di tingkat 5 terminal utama (gambar atas) malah kakitangan MAS yang memberitahu berkata kesemua mereka memegang kad pengenalan MyKad baru dipercayai diperolehi dari ejen kroni Umno.
Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.
Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 40,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei (semalam).
"Dokumen dari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.
"Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh PMO dan ada tandatangan menteri.
sumber Kedah LaNie
Projek menerbangkan pengundi hantu untuk didaratkan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor sudah pun bermula sebaik BEKAS perdana menteri, Najib Razak membubarkan parlimen 3 April lalu.
Paling mengejutkan didapati sembilan penerbangan serupa turut akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor yang jelas membuktikan negeri di selatan Semenanjung itu juga sudah tidak selamat buat Barisan Nasional (BN).
Emel itu juga mendedahkan setiap satu penerbangan itu boleh membawa seramai 180 penumpang yang dipercayai pengundi hantu warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.
Kesemua emel tersebut turut membabitkan ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) itu, Tony Fernandes dengan CEO di Malaysia, Aireen Omar dengan pengurusan tertinggi supaya cuba meminimumkan gangguan penerbangan biasa apabila penerbangan sewa khas itu mula membawa pengundi hantu tersebut.
Inilah bukti bagaimana Najib mengotakan kata-katanya iaitu Putrajaya mesti dipertahankan dengan air mata darah sekalipun.~mpr - Addin Deen
Bangla. Klia. Ramai. Dikawal polis. Bukan keluar negara, tp masuk negara.
Apakah maksudnya? - SUMBER
Bukan pasukan bola sepak je perlu pemain import.... BN pun perlu...Sanggup kah kita menggadai negara sendiri dgn kebanjiran puak puak ini???
"Selagi individu itu mempunyai ic yg sah, dan dia tidak gagal menunjukkan icnya, serta namanya ada dalam senarai daftar spr, maka dia layak utk mengundi." - pengerusi SPR.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment