GANAS...Gambar polis bertindak ganas secara beramai-ramai menendang seorang peserta Bersih 3.0 di perkarangan Jalan Masjek Jamek, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus mempertahankan tindakan polis membelasah rakyat yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu lepas.
"Kerajaan tidak benarkan Dataran Merdeka digunakan atas beberapa sebab. Antaranya ia merupakan satu tapak yang ikonik dan bersejarah dalam konteks perjuangan kemerdekaan.
"Kemudian, ada saksi (kata) mungkin penganjur akan gunakan (Dataran Merdeka) untuk tujuan politik mereka dan ada perancangan untuk kuasai Dataran secara berterusan. Dan akhir sekali, saya ingin mengelak demonstrasi jalanan yang akan beri kesan buruk," katanya di Kuala Lumpur kelmarin.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Beliau yang juga Presiden Umno turut dilihat memberi sokongan pada langkah polis membedil rakyat menggunakan bom pemedih mata dan meriam air.
Beliau berdalih, penggunakaan gas pemedih mata dan meriam air merupakan salah satu pilihan yang dibenarkan dan tidak memudaratkan kesihatan.
Jelasnya lagi, penggunaan air kimia dan gas itu adalah jauh lebih baik berbanding berlakunya pertempuran fizikal yang mampu mengakibatkan jumlah kecederaan lebih ramai.
"Pada hakikatnya, terdapat pihak yang mengatakan dari segi kesihatan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ialah pilihan yang tidak memudaratkan keselamatan dan (ia) lebih baik daripada berlaku pertempuran fizikal.
"Seandainya tidak bersurai, kes-kes fizikal dari segi kecederaan tentu jauh lebih besar dan parah dengan apa yang berlaku semalam (Sabtu)," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau dilihat mengelak untuk mengulas cadangan membubarkan Parlimen sebagaimana yang dicadangkan oleh Perkasa. -PI
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/05/najib-pertahan-tindakan-brutal-polis.html
No comments:
Post a Comment