Sunday, April 29, 2012

VIDEO BERSIH 3.0: Kenapa Pemandu Kereta Polis Pakai Topi Keledar Dan Seluar Pendek?


Wajib tonton....

Inilah video yang paling jelas menjawab segala tohmahan pecacai gerombolan terhadap keganasan pendemo Bersih terhadap Polis....

Jelas, kereta Polis yang hilang kawalan merempuh sekumpulan pendemo yang duduk di hadapan Sogo sebelum merempuh tembok simen.
Saksikan Video :
 

Masaalahnya,
Pertama, pasai apa kereta Polis tu bangang sangat memsauki laluan para pendemo. Adakah ini telah dirancang sebagai provokasi terhadap para pendemo?

Kedua, kenapa pulak pemandu kereta Polis waja tu dah siap-siap pakai helmet bawak kereta. Macam ngan dah tau nak kena belasah jaa...?

Ketiga, sapa sebenarnya si mamat pemandu kereta Polis tue.... siap ngan pakai seluar pendek lagi bawak kereta Polis.... special sangat ka mamat tu dalam PDRM?

Keempat, apa misi sebenarnya si mamat tu dapat dari boss dia sebelum ke laman berdepan dengan pendemo....

Woii... korang tak rasa pelik ka? Sesekali aku tengok dah macam kamikaze pun ada.... - TerHot
Siapa Mereka ini???
Pernah dengar apa itu SB?
Pernah dengan apa itu provokasi?




user posted image
user posted image
user posted image
user posted image

Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini?? Baca SINI


Pengakuan Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita..
Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya Di Sini…





BERSIH 3.0: Siapa Pemandu Kereta Polis Pakai Topi Keledar Dan Seluar Pendek?

Tragedi perlanggaran kereta peronda polis dengan peserta Bersih semalam di Kompleks Sogo dijadikan sandaran utama bukti kununnya keganasan dimulakan peserta himpunan yang bertempiaran lari setelah tembakan gas pemedih mata pusingan pertama dilepaskan tepat jam 3.01 petang.

Namun untuk membuktikan bahawa media pencacai Umno-APCO sebenarnya berbohong, contohnya pada Bersih 2.0 gambar 'peserta' diubah imej, kali ini kecekapan pihak media dan orang awam merakamkan saat-saat insiden berlaku sangat menggusarkan Umno-APCO kembali.

Fitnah yang dilempar kununnya peserta Bersih menterbalikkan kereta peronda adalah hakikat bahawa seorang peserta telah terperangkap di bawah kenderaan itu dan apabila pemandunya keluar, terbongkarlah sebenarnya siapa yang menipu.

Pemandunya memakai baju t berwarna kelabu, memakai topi keledar berwarna hitam yang hanya dipakai sekiranya berlumba di litar dan berseluar pendek serta bercermin mata hitam seolah-olah menyamar menjadi salah seorang dari peserta himpunan.

Dan saksi kejadian turut menceritakan selepas keluar dari kereta yang remuk akibat hentaman kuat mengenai tangga kompleks tersebut, pemandunya cuba lari setelah dibelasah teruk oleh peserta himpunan yang menyedari ada jasad terperosok dibawah kereta itu, dan disambut oleh seorang penunggang motosikal yang sudah sedia cabut lari, apakah ia kebetulan semata-mata?

Taktik sebegini agak baru, tetapi tidak sukar untuk kita meneka siapa sebenarnya penjenayah yang dilesenkan Umno-APCO untuk melakukan keganasan.

Polis Cawangan Khas (SB) sebenarnya adalah dalang yang bertindak sebagai agen yang menyamar menjadi 'peserta' sebagaimana yang dilakukan rakan mereka sewaktu kawat duri dipotong sejurus Anwar Ibrahim tiba di Jalan Tun Perak kurang sejam sebelum insiden berdarah ini berlaku.
Rakaman video dari pelbagai sumber membuktikan media pencacai Umno-APCO sudah tidak lagi beretika dalam melaporkan berita hingga terpaksa menipu kununnya hanya 3000 peserta yang hadir sekaligus gagal mencapai matlamatnya.

Sedangkan laporan dari Reuters misalnya, menganggarkan lebih 25 ribu atau lebih, BBC turut menganggar lebih 50 ribu dan Al Jazeera 75 ribu.

Persoalannya di sini:

1) Mengapakah hanya jurugambar media pencacai Umno-APCO seperti Utusan dan Berita Hairan tidak dirampas kamera dan kad memori mereka sedangkan wartawan Al Jazzera dan Malaysiakini terpaksa berputih mata melihat harta mereka dirosakkan sekelip mata?

2) Apakah Standard Prosedur Operasi (SOP) polis terbaru mula diaplikasikan dengan merampas bahan bukti bergambar dan video sebagai satu langkah melindungi keganasan mereka?

3) Siapakah sebenarnya yang memberi arahan sekejam ini dengan mengarahkan anggota bawahan yang menyamar sebagai peserta menggunakan harta awam seperti kereta peronda untuk mencetuskan provokasi dan melanggar orang awam sesuka hati hingga cedera parah?

Ternyata dua anggota polis yang cedera tidak mampu melawan kecederaan rakyat yang beribu kali ganda lebih teruk hingga kununnya menagih simpati rakyat atas keganasan yang mereka sendiri mulakan.
Bukti paling jelas, pada jam 635 petang, puluhan 'peserta baju t Bersih' menedang kon milik polis ke arah polis beruniform tanpa ada sebarang tangkapan di hadapan ibu pejabat bank milik Singapura, OCBC di Jalan Tun Perak.

Provokasi yang dicetuskan dengan cara sebegitu menyebabkan polis beruniform dan meriam air mara kununnya untuk menembak air ke arah 'peserta' tetapi sebenarnya disasarkan ke arah peserta Bersih tulen yang berkumpul di perkarangan Masjid Jamek.

Apa yang tinggal lagi dengan pasukan polis kita di bawah Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib, Hishamuddin Hussien?

Integriti? Profesionalisme? MESRA RAKYAT????

Tepuk dada tanyalah iman.

Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.



Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai menterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini .

Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah... angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu dilihat memandu secara laju.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu.

Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu.

DENGAR SENDIRI PENGAKUAN SAKSI KEJADIAN!!

SIAPA SEBENARNYA PEMANDU KERETA PERONDA POLIS??

"Ini dia cerita kenapa dan mengapa terjadinya aksi rempoh.

Jika dilihat pada gambar sepasang kaki sedang menghala ke atas dan kepala ke bawah hasil akibat dirempoh proton waja Polis yang bertugas hari itu?

Kenapa Polis merempuh mereka itu?

Maka jawab mereka yang menyokong tindakan polis itu setelah melihat video di Youtube selama seminit dan ditambah pula dengan hajinamoto TV3 maka mereka beranggapan polis yang memandu itu tidak bersalah. Polis itu hilang kawalan dan ada juga yang kata polis itu pensang. Mana mereka dapat maklumat ini adalah setelah melihat video di youtube.

Mereka tahu apa kisah sebenar yang terjadi?

Mereka kata polis telah diserang dan menyebabkan polis itu lintang pukang lari dan akhirny hilang kawalan dan merempoh mereka yang berada ditepi jalan itu. Mana mereka dapat maklumat? Adakah mungkin setalah mereka membaca blog yang paling hebat penyebar fitnah iaitu blog Papa Gomo.
Ini cerita sebenarnya.

Selepas polis melepaskan gas pemedih mata maka berkeliaranlah lari para peserta himpunan BERSIH 3.0 untuk menyelamatkan diri. Ketika itu, ramai yang sudah menangis dan muntah-muntah kerana gas pemedih mata kali ini kandungan bahan kimianya lagi teruk berbangding dengan gas yang digunakan semasa menghalau peserta himpunan BERSIH 2.0.

Namun rezeki peserta ini baik maka sebuah lari berhenti dan memberi air mineral. Berkotak-kotak botal air mineral air telah diberi dan jika dirujuk pada gambar banyak kotak air mineral disitu.

Sedang mereka cuba pulihkan kesengsaraan untuk bernafas dan susah untuk melihat maka lalu 2 buah kerata waja polis. Sebuah kerata hanya lalu dengan perlahan dan tiada apa berlaku pada sebuah kerata waja pertama itu.

Namun berbeza kerata waja yang kedua ini,pemandu kerata itu telah menimbulkan provokasi dengan membunyikan hon dan menyebabkan peserta hilang sabar dan membaling botol mineral. Tidak dinafikan ada juga yang bertindak ganas sehingga menendang kereta waja itu sehingga kereta itu kemak.

Mungkin agak terlalu takut lalu kereta waja itu memecut lacu sehingga hilang kawalan dan meyebabkan kerata yang dipandunya itu merempoh peserta yang tidak terlibat dalam upacara membaling botol itu. Ini kerana kereta waja itu tidak bergerak terus ke depan tetapi membekok ke bahu jalan sehingga ada yang tercedera dan diantaranya adalah wanita mengandung.

PERSOALAN?

Kenapa polis perlu timbulkan provokasi dengan membunyi-bunyikan hon atau pelbagai lagi provokasi. Adakah polis yang bertindak hari itu mengikut SOP Polis yang sebenar dan bukankah tugas polis ialah mengawal keadaan sehinggalah keadaan tidak terkawal barulah Polis boleh bertindak dan itu pun masih memerlukan SOP dan bukannya menggunakan undang-undang hutan!" oleh Jeming Hassan Full - KLIK SINI










http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/video-bersih-30-kenapa-pemandu-kereta.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular