Mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka bagi menuntut sistem pendidikan percuma supaya rakyat boleh mendapat pendidikan yang tinggi tanpa mengeluar belanja yang terlalu tinggi, mempertahankan matlamat perjuangan mereka.
Walaupun diancam dan dicerca oleh "orang umno" mereka akan terus berada disana kerana berpendirian ia penting untuk generasi akan datang termasuk kepada "anak orang umno" dan mereka yang telah mengasari mereka.
Mereka berpendapat perjuangan ini adalah untuk kebaikan generasi akan datang, sesiapa pun akan mendapat peluang pendidikan yang lebih mudah jika apa yang dituntut mereka berjaya, sedikit sebanyak akan melahirkan lebih ramai rakyat yang tahap IQ nya tinggi serta tidak diperbodohkan lagi.
Namun mereka membuat keputusan untuk tidak mengganggu konsert diraja yang dirancang untuk diadakan di lokasi tersebut pada Sabtu ini.
Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq Abdul Aziz berkata, pelajar berkenaan memutuskan demikian untuk mengelak daripada dikatakan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, SMM mungkin akan memindahkan lokasi perkhemahan mereka ke kawasan yang jauh sedikit dan kembali ke lokasi asal selepas konsert tersebut.
Sementara itu setiausaha media Ahmad Shukri Kamarudin berkata,mereka akan terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April.
Dalam perkembangan berkaitan, sokongan kepada mereka bertambah lagi apa bila kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque datang dan memberi sokongan kepada mereka dengan mengadakan "kelas melukis kartun" secara percuma lebih kurang jam 8.30 malam tadi.
Datuk A Samad Said turut hadir kelmarin untuk mengajar kelas puisi secara percuma kepada pelajar berkenaan semalam.
Pensyarah undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom juga hadir kelmarin untuk memberi kuliah percuma berhubung Perkara 153 yang menarik kehadiran kira-kira 100 orang dalam kuliah percuma universiti yang diberinama Universiti Dataran merdeka itu.
Aktiviti kuliah atau pembelajaran percuma itu akan cuba diadakan setiap hari dengan menjemput beberapa orang tokoh peting dan tetap akan diberikan secara percuma, selaras dengan tuntutan mereka.
Namun, lebih kurang jam 3 pagi tadi, tiba-tiba kumpulan pelajar itu telah dikasari, beberapa buah kemah telah dirosakkan, dan barangan peribadi mereka seperti kamera dan hand phone telah dirompak oleh lebih kurang 60 orang remaja yang dipercayai diupah pihak tertentu.
Jika mahasiswa ini berjuang untuk kepentingan generasi akan datang, mengapa perlu mereka dikasari, dan jika mereka beralah untuk menghormati Agong, mengapa ada pihak tidak mahu menghormati mereka pula?
bukankah anda tidak terlalu kaya untuk menanggung semua kos pengajian anak anda?
Thugs attack students in Dataran Merdeka
5:15AM Apr 19, 2012

The assailants destroyed all the tents that were erected since last Saturday at the iconic public square in the city centre.
Malaysian Youth and Students Movement (Dema) coordinator Heng Kiah Chun told Malaysiakini that the incident occurred at about 2.45am and lasted about 15 minutes.

They roughed up a number of students and dismantled all their 10 tents (right), which were set up as part of a protest for free education.
Cameras and mobile phones damaged
According to Heng, the students remained calm and refused to respond to provocation.

Heng added that there were about a dozen police officers in the area but they did not intervene until the student's leaders pleaded for their help.
The thugs left the area when the police arrived, and eyewitnesses say one or two of the perpetrators were arrested.

They held an impromtu meeting and voted to stay put at Dataran Merdeka.
"We will protect one another. We want action against the gangsterism," they said.
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/perkasa-gangster-umno-serang-mahasiswa.html
No comments:
Post a Comment