Sunday, April 15, 2012

Panas!! Bila dah tak boleh beromen... PAS akan diHARAMkan?? +Video

seorang penyokong tegar PAS sedang bergambar dengan ayah pin laknatullah..

ayah pin mendakwa dialah yang mencipta semua agama di dunia ini dan menguasai kerajaan langit!
gambar ini dirakam di Terengganu.. - Usin Wafer

Kalau dah sesat, kenapa tak diharamkan?
Alahai Mat Said.. Sanggup dia mengeluarkan belanja yang besar semata-mata mahu menjayakan Majlis Wacana PAS: Parti Ajaran Sesat ni..

Mainan politik jenis apa ni? Kalau dah benar PAS itu Parti Ajaran Sesat kenapa kerajaan UMNO/BN masih biarkan.. haramkan sajalah Parti PAS itu..

Kalau setakat mengkafirkan orang UMNO yang menolak hukum Hudud itu PAS dilabel sebagai Parti Ajaran Sesat tu.. rasanya dah betul apa yang dituduh PAS itu..

*****************************************
UMNO mahu perluas wacana PAS: Parti Ajaran Sesat

KUALA TERENGGANU - Wacana 'Pas: Parti Ajaran Sesat' anjuran Umno Terengganu di sini hari ini akan menjadi tapak untuk diperluaskan ke negeri-negeri lain malah hingga ke peringkat kebangsaan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad.

Beliau berkata, di peringkat awal, slogan itu akan menjadi gelombang dan program yang akan disusun ke setiap daerah di Terengganu.

Program itu kemudian akan dibuat di negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan, kata Yahya.

"Matlamat utama wacana ini adalah untuk memberi pendedahan khusus kepada jentera parti, badan-badan tertentu dan orang ramai bahawa perjuangan parti Pas selama ini setelah diteliti ada perkara-perkara boleh mencelarukan akidah umat Islam. Berita Penuh Baca SINI

Videoclip ini memaparkan hujah Ustaz UMNO..

Bila dah tak boleh beromen kata 'Parti Ajaran Sesat'

Umno Terenggganu yang di ketuai Ahmad Said yang juga MB Terengganu pernah robohkan Masjid Bujal, Kemaman,Terengganu beberapa tahun lalu. Kini Mat Said jadi ketua buat kempen 'Pas:Parti ajaran sesat' ke seluruh Malaysia.


Umno kata Pas sesat bukan cerita baru.Hanya 'diupgradekan' Mat Said untuk filem dan karya terbarunya menjelang pilihanraya.Mat Said nak cari pengaruh di Terengganu supaya terus berkuasa di Terengganu daripada disambar Idris Jusuh bekas MB Terengganu musuh Mat Said sejak sekian lama.Yang cerdik dan tidak bodoh tak akan termakan karya terbaru Mat Said ini.

Ideologi Pas adalah Islam.Idelogi Umno ialah sekular.Asingkan agama dan politik.Takkan yang bawa ajaran agama Islam lebih sesat daripada ajaran sekular Umno?
Semasa Umno gila talak ajak Pas beromen,tidur sebantal, satu katil tak ada pulak kata Pas parti ajaran sesat.Umno sanggup menyembah dan melutut kepada Pas janji kerajaan perpaduan Umno-Pas jadi!Tapi apakan daya tiang layar kerajaan perpaduan patah berderai-derai karam macam kapal Titanic.Yang ada kini nak sangat jilat Umno ialah orang tak dak parti tapi ada jati iaitu Hasan Ali.

Parti yang ajak umat Islam makmurkan masjid dengan solat berjamaah dituduh sesat.Parti yang ajak rakyat lepak kedai kopi time Magrib tak sesat.Parti yang ajak umat Islam ke masjid hadir majlis ilmu dituduh sesat tapi parti yang jadikan malam Jumaat untuk ke dangdut dan karoke tak sesat.Parti tolak hudud tak sesat tapi parti mau hudud dituduh sesat.Puak macam ni dah lama wujud seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Tak ada parti yang maksum tapi mudarat paling besar yang mesti ditumbangkan dalam pru 13 akan datang ialah Umno yang jadikan orang Melayu bertuhankan kebendaan kepada Umno.Sampai bila mau jadi hamba abdi Umno?Ajaran sesat yang semakin subur dan hidup kembali di Terengganu ialah ajaran ayah Pin yang dakwa ramai pengikut.Mungkin bagi Umno ajaran Ayah Pin tak sesat sebab sokong Umno. - misaimerah 


Sesat: Kenyataan Ahmad provokasi, terdesak

KUALA TERENGGANU, 16 Feb: Dewan Ulamak PAS Terengganu menyifatkan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kononnya PAS adalah ‘parti ajaran sesat’ kerana terdesak serta bersifat provokasi.

Ketuanya, Datuk Husain Awang menjelaskan bahawa ajaran sesat adalah ajaran yang menderhakakan Allah dan rasul-Nya.

Oleh itu, katanya siapakah yang melaksanakan peraturan mengikut hawa nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan mengikut al-Quran.

“PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang negara. Dasarnya ialah Islam dan hukum tertingginya adalah al-Quran, As-Sunnah, ijmak dan qias.

“Matlamat PAS melaksanakan hukum Allah SWT, hukum syariat dan bertindak melalui kaedah amar maaruf dan nahi munkar,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, hari ini. - Baca Berita Penuh Di SINI 

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/panas-bila-dah-tak-boleh-beromen-pas.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular