Monday, January 17, 2011

Elakkan Menonton TV @ Aktiviti Seumpamanya Tanpa Berhenti Lebih daripada 2 Jam!



Saya jumpa satu artikel di Pharmas UK berkaitan dengan serangan jantung. Menurut tulisan itu, menonton TVterlalu lama mempunyai kesan buruk kepada kesihatan. Selain mendorong anda menjadi malas, menjadikan anda obesdan menumpulkan fikiran anda, penemuan baharu menunjukkan bahawa menonton TV terlalu lamameningkatkan risiko serangan jantung. Menurut kajian, setiap satu jam anda menonton televisyen, peluanguntuk anda meninggal dunia akibat penyakit jantung meningkat kepada lima.

Jika anda memberikan alasan bahawa anda aktif bersukan dan tidak mengalami masalah kesihatan, artikel ini sewajarnya mengubah persepsi anda. Tanpa mengira berapa kerap anda melakukan senaman atau anda memiliki tahap kesihatan yang memuaskan, namun duduk terlalu lama mempunyai kesan negatif terhadap paras lemak dalam darah dan paras gula dalam darah tubuh anda. Kedua-dua faktor tersebut merupakan faktor risikoterbesar untuk menyebabkan serangan jantung.  

Jika anda mahu menonton televisyen, hadkan pada rancangan yang mahu ditonton sahaja dan tidak menonton rancangan itu tanpa melakukan sebarang aktiviti. Sebaik-baiknya, lakukan sebarang aktiviti fizikal ketikamenonton rancangan TV kegemaran anda, misalnya, anda boleh mengelap perabot, membersihkan lantai, atau melakukan senaman ringan. Jangan sesekali mengambil mudah maklumat ini kerana anda mungkin tidak menyedari risikonya pada peringkat awal.

Oleh sebab anda sudah mengetahui maklumat ini, maka nasihatilah ahli keluarga, rakan-rakan agar mengelakkan diri menonton TV atau duduk terlalu lama kerana berdasarkan kajian perbuatan itu terbukti memudaratkan kesihatan mereka. Anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada diserang penyakit jantung!/www.duniacacamarba.blogspot.com 
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

from DUNIACACAMARBA 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular