KISAH BENAR :
Mengapa Aku Dilahirkan Begini..
Suatu petang..ada seorang remaja perempuan datang berjumpa saya tanpa temujanji terlebih dahulu. Pakaian amat sopan. Bertudung bulat dan wajahnya putih bersih. Dia bertanya berbagai-bagai persoalan agama. Saya menjawab sekadar yang saya tahu.
Dia bertanya : apa hukum anak zina??
Saya katakan : anak zina tidak bersalah apa-apa. Yang bersalah ibubapanya. Anak zina tidak menanggung apa-apa dosa perbuatan ibubapanya.
Dia bertanya lagi : apakah hubungan anak zina dengan bapanya ??
Saya katakan : Islam tidak mengiktiraf hubungan darah antara anak zina dengan bapanya. Bahkan bapa itu boleh berkahwin dengan anak zinanya..
Remaja itu terus bertanya : kalau begitu anak zina itu bukan muhrim ??
Saya menjawab : ya. Anak itu tidak bolah mendedahkan auratnya kepada bapa (zina) walaupun di dalam rumah, tidak boleh bersalaman. Apatah lagi mengucup tangannya..
Tiba-tiba remaja itu tunduk dan menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihat pasti akan turut menangis bersama-samanya. Dengan sedikit kekuatan dia mengangkat kepalanya. Saya adalah anak zina !!!
Saya cuba tenangkan perasaannya.. adakah kamu pasti? Dia menjawab : ya, saya terdengar dari sebelah bilik di rumah saya. makcik bertangkar dengan mak dan ayah pada malam itu. Dalam keadaan marah dan tegang, makcik menjerit, kamu jangan nak tunjuk baik, warak,.. kaklong tu (dirinya) adalah anak zina!!
Apabila saya mendengar kalimah itu, saya rasaka dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapa ayah dan mak lakukan begitu? Alhamdulillah..Allah masih sayangkan saya.. saya masih hidup. Sudah kering airmata. Saya tidak dapat mengubah sejarah yang telah berlaku. Ayah dan ibu yang saya kenali adalah orang yang baik, tidak pernah mengabaikan solat dan puasa,.bahkan mereka berdua amat penyayang, ambil berat pendidikan agama anak-anak. Saya tidak percaya mereka dahulu pernah terlanjur. Inilah yang terpaksa saya tanggung sepanjang hayat saya. saya adalah anak zina..
Dia terus menangis dan menangis. Airmata belum dapat menggambarkan luka sebenar hatinya...
Ambillah iktibar. Janganlah menjadi ibu dan bapa kepada anak zina. Kesihanilah zuriat kita. Janganlah anak yang berdosa menanggung keaiban ibubapa mereka. Mereka tidak mahu dilahirkan sebagai anak zina. Oleh itu, janganlah hampiri zina!!
By Shopuan Anuar bin Ahmad
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral
Jabatan Pelajaran selangor, shah alam selangor
No comments:
Post a Comment