KUALA LUMPUR, 1 Nov: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) difahamkan bahawa Datuk K S Nallakaruppan dilantik sebagai senator dan dijadualkan mengangkat sumpah esok di Dewan Negara.“Mipas ingin mempersoalkan adakah ia suatu majlis yang harus dibanggakan?” soal setiausaha agungnya, Barathidasan Saminathan (gambar) dalam satu kenyataan.
