Sunday, September 8, 2013

Siapa Dalang Isu Lahad Datu Zahid?

Alahai Zahid!! Dalang Lahad Datu tak terdedah, kini cuba kaitkan PR dgn kegiatan Kongsi Gelap pulak
'Dedahkan bukti, bukan spekulasi'


ALOR SETAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta tidak menggunakan isu kongsi gelap untuk memerangkap mana-mana pemimpin PR sebagai mangsa politik.

Pengerusi Interim DAP Kedah yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Zairil Khir Johari Abdullah berkata, sekiranya KDN mempunyai bukti kukuh pertalian kongsi gelap dengan mana-mana pemimpin PR, dedahkan bukti dan bukannya membuat spekulasi.

“Tunjukkan sahaja bukti, tidak perlu buat ia seolah suatu permainan politik dengan mendedahkan satu demi satu nama. Ini bukan perkara main-main,” katanya.

Zairil turut mengingatkan agar KDN tidak menggunakan isu ini sebagai alasan untuk memangsakan ahli PR, terutama mereka yang bersuara lantang mengkritik isu-isu semasa.

Zairil berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa KDN sudah mengenal pasti individu yang ada kaitan dengan kongsi gelap yang turut bergiat aktif dalam politik.

Namun Ahmad Zahid enggan mendedahkan butiran individu berkenaan berikutan ia masih dalam siasatan.

Kenyataan itu adalah susulan pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bahawa seorang bekas banduan yang pernah menjadi ketua kongsi gelap kini bergelar pemimpin peringkat rendah sebuah parti politik di Pulau Pinang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular