Sunday, September 8, 2013

Runtuh lagi

Runtuh di Terengganu berterusan, kali ini tangki air sekolah
Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan dekat Marang Terengganu telah meletup dan pecah menambahkan siri kejadian sedemikian di negeri Darul Iman ini
.
Tangki air tersebut meletup kira-kira jam 11.30 malam pada 4 September lalu, hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Paka, Dungun pada 14 Julai 2012.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mendedahkan perkara itu, menggesa kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang dilihat kerap runtuh dan rosak di negeri ini, lapor Harakahdaily.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular