Monday, July 23, 2012

Parti pembangkang diresapi komunis... Ini buktinya +Video


KANTOI!!! Polis Cawangan SPECIAL BRANCH menyebarkan idea “KARUT” 


KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mesti memberi penjelasan mengapa polis Cawangan Khas (Special Branch) diberi imuniti dan kebenaran untuk menyebarkan berita ‘karut’ bahawa pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan bekas anggota komunis telah meresap masuk ke dalam parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang

Laporan Bernama melaporkan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen, telah mendakwa elemen JI sedang meresap kedalam PAS sementara elemen komunis sedang cuba untuk meresap kedalam DAP. 

“Ini dapat dilihat sebagai satu lawak politik yang sememangnya jijik kalau bukan keseriusan idea-idea seperti ini yang berputik daripada akal yang tidak berakhlak yang menentukan polisi yang diimplementasikan oleh kerajaan dan bagi tujuan keselamatan dinegara ini. “Apakah isu kebangkitan semula pengganas Islam dan momok komunis yang sedang meresap kedalam parti-parti Pakatan Rakyat, akan dijadikan satu alasan yang baru untuk melaksanakan satu operasi khas terhadap parti-parti PR untuk mengeluarkan anasir-anasir yang kononnya tidak berdemokrasi dan menggugat keselamatan awam oleh Pakatan Rakyat supaya UMNO/Barisan Nasional akan kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke-13?” soal Kit Siang. 

Menurut timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, JI dan komunis dikaitkan dengan PR agar rakyat takut untuk memilih pakatan pembangkang itu dalam pilihan raya akan datang. SB bekerja untuk Umno, kalau ada unsur komunis atau JI yang memilih perjuangan bersenjata, mereka tak akan pilih ‘election’ (pilihan raya) sebagai wadah. 

“Kerja SB hanya ‘create fear’ (wujudkan ketakutan) di kalangan rakyat supaya Umno – BN terus menang election,” kata Mohamad dalam kiriman mesej kepada The Malaysian Insider sebentar tadi. 

Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan SB yang menuduh PR mempunyai kaitan dengan JI dan komunis adalah taktik lama dan kenyataan seperti ini adalah kenyataan kitar semula yang telah digunakan secara berulang-ulang. Dakwa Adun Seri Setia itu lagi, jika benar dakwaan SB – JI dan komunis menyusup dalam PR dan akan bertanding pilihan raya, mereka perlu membuktikannya.

“Saya cabar Hishammuddin Hussein dan polis untuk menamakan pemimpin PR yang dikaitkan dengan JI dan komunis dan akan bertanding dalam pilihan raya akan datang. “Pemuda Umno lebih komunis kerana mempunyai hubungan langsung dengan sayap pemuda Parti Komunis China,” kata Nik Nazmi.

Menjelang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai 2011, momok komunis dimainkan apabila pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di tahan di bawah undang-undang Darurat (EO) kerana dikatakan menyebarkan dakyah komunis ke dalam perhimpunan Bersih. – TMI 

LIHAT SEJARAH HUBUNGAN KERAJAAN BN DENGAN PARTI KOMUNIS CHINA










Zahid nafi Umno ada hubungan komunis 
SIAPA YANG MENGARUT UMNO YANG MERAPU!!!

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis. Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis. "Apa buktinya? 

Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini, hari ini. 

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin. Mohd Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - Bernama

Saksikan MOU UMNO dengan Parti Komunis China CPC- SIAPA YANG KARUT...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular